web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD Teliti Dasar Perfileman Negara Untuk Penambahbaikan - Fahmi

Menurut Fahmi, penambahbaikan dan pemerkasaan industri yang diusahakan ketika ini tidak boleh dilakukan sendirian kerana ia melibatkan pelbagai pihak lain yang berkepentingan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 7:03PM

16 Mac ini, Fahmi Fadzil akan adakan satu sesi town hall khas bersama pemain industri kita termasuk para pelakon, krew produksi dan pihak berkaitan untuk mendengar sendiri apa yang mereka perlukan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti Dasar Perfileman Negara bagi melihat aspek yang memerlukan penambahbaikan dalam usaha merangsang perkembangan industri kreatif negara pascapandemik COVID-19.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata ia melibatkan beberapa perkara khusus bukan sahaja berkait pemain industri kreatif tempatan malah usaha menarik produksi luar ke Malaysia.

Beliau berkata langkah itu penting dalam memperkasa sektor yang berpotensi untuk menarik kemasukan pelabur luar dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan anggaran nilai mencecah lebih RM1 bilion.

“Antaranya kita memperkasa kerjasama dengan pemain industri, usahakan menambah baik program Insentif Penerbitan Filem di Malaysia dan meneliti aspek undang-undang mahupun syarat terkait sektor terbabit yang menjadi kekangan selama ini, kita terbuka untuk terima penambahbaikan.

“Pascapandemik ini kita perlu recalibrate industri melalui apa yang boleh ditawarkan pihak kerajaan, inisiatif yang boleh disertakan dengan pemasaran yang lebih meluas kepada industri,” katanya kepada pemberita selepas melawat Iskandar Malaysia Studios, di sini hari ini.

Katanya KKD sentiasa terbuka mendengar rintihan, luahan dan perkongsian pemain industri terkait perkara berbangkit mengenai kekangan dialami mereka.

“Jadi insya-Allah pada 16 Mac ini, saya akan adakan satu sesi town hall khas bersama pemain industri kita termasuk para pelakon, krew produksi dan pihak berkaitan untuk mendengar sendiri apa yang mereka perlukan,” katanya.

Menurutnya penambahbaikan dan pemerkasaan industri yang diusahakan ketika ini tidak boleh dilakukan sendirian kerana ia melibatkan pelbagai pihak lain yang berkepentingan.

“Kita perlu kerjasama dengan agensi bukan sahaja di bawah KKD seperti FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), kita juga perlu (kerjasama) agensi dan kementerian lain termasuk MOF (Kementerian Kewangan).

“Pemerkasaan industri ini penting kerana kita nak perkasa industri tempatan, pada masa sama tarik masuk produksi luar ke Malaysia. Kemasukan mereka membawa impak positif, beri pendedahan dan pengalaman kepada produksi tempatan sekali gus memberi nilai tambah kepada mereka,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN