web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem 'Mentega Terbang': Kami Memberi Kerjasama Sepenuh Kepada Pihak Berkuasa – Khairi Anwar

Menurut Khairi ,pihak polis telah pun merekodkan segala keterangannya bersama pelakon filem terbabit, Arjun Thanaraju dengan menjawab 48 soalan yang ditujukan berkenaan 'Mentega Terbang'.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 6:07PM

Khairi Anwar berkata filem 'Mentega Terbang' adalah hasil karya kreativiti mereka atas kebebasan suara yang diberikan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem Mentega Terbang Khairi Anwar mengakui  selesai memberi keterangan kepada Balai Polis Bukit Aman di sini, pagi tadi.

Menurut Khairi, pihak polis telah pun merekodkan segala keterangannya bersama pelakon filem terbabit, Arjun Thanaraju.

“Kami memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Kami turut menjawab kesemua lebih kurang 48 soalan yang ditujukan berkenaan filem Mentega Terbang.

“Kami juga turut mendapati bahawa, terdapat lebih daripada satu laporan polis dibuat oleh beberapa pihak terhadap filem Mentega Terbang ini,” katanya kepada Getaran.

Menurut Khairi, pihak polis telah pun merekodkan segala keterangannya bersama pelakon filem terbabit, Arjun Thanaraju - Gambar Fail
Menurut Khairi, pihak polis telah pun merekodkan segala keterangannya bersama pelakon filem terbabit, Arjun Thanaraju - Gambar Fail

Jelas Khairi lagi, filem Mentega Terbang adalah hasil karya kreativiti mereka atas kebebasan suara yang diberikan.

Katanya, tugasnya sebagai pengarah untuk sebuah filem,  hanyalah sekadar menonjolkan bakat dan kreativiti dalam mengetengahkan isu budaya dalam negara ini.

“Sebenarnya kami hanya ingin membawa cerita yang ‘jarang’ dibawa oleh pihak lain yang sememangnya  berlaku di dalam negara ini. 

“Bagi kami selain menghiburkan masyarakat melalui filem, kita harus membawa kisah yang berlaku di negara yang pelbagai bangsa ini. Sebuah kisah kontemporari seperti ini sememangnya berlaku di Malaysia.

“Cerita dan watak-watak yang wujud dalam Mentega Terbang ini sebenarnya wujud secara realiti di negara ini,” tambahnya.

Terdahulu, filem Mentega Terbang menjadi kontroversi dan mendapat kritikan orang ramai apabila ia didakwa cuba mempersendakan agama Islam dan memurtadkan umat Islam di negara ini. 

Susulan daripada kontroversi berkenaan, pihal Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat semakan kandungan filem itu dan mendapati ia bertentangan akidah Islam.

Hasil karya yang diterbitkan Tan Meng Kheng itu dilaporkan mula ditayangkan melalui platform penstriman Viu pada 19 Januari lalu dengan skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun dan Ting Teng Hui.

Setelah beberapa laporan,  Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Sa'aduddin, dilaporkan berkata, polis terpaksa membuka kertas siasatan dan kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan suasana tidak harmoni, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam .- Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 9 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...