web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Michelle Yeoh Wanita Asia Pertama Menang Pelakon Terbaik SAG Awards! 

Satu demi satu kejayaan diraih pelakon kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh di pentas antarabangsa. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 3:23PM

Michelle Yeoh - Gambar dari Twitter 

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu demi satu kejayaan diraih pelakon kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh di pentas antarabangsa. 

Terkini, menerusi anugerah SAG Awards 2023 yang berlangsung di Los Angeles malam tadi, Michelle mencipta satu lagi sejarah apabila membawa pulang Outstanding Performance by a Female Actor in a Leading Role. 

Penghargaan itu diberikan kepada Michelle melihat kepada prestasi lakonan cemerlangnya di dalam filem Everything Everywhere At All Once sekali gus menjadikannya wanita asia pertama yang berjaya membawa pulang trofi itu. 

Dengan nada sebak, Michelle mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan menghargai perjuangan seninya selama ini. 

“Terima kasih, terima kasih. Anugerah ini bukan untuk saya sahaja tetapi untuk semua wanita  yang berjuang seperti saya.

“Apabila mendapat penghargaan ini, ada banyak yang dilakukan untuk kita sampai kepada detik ini. Anda semua tahu perjalanan, perjuangan, sannaik-turunnya. Tapi yang paling penting, kita tidak pernah mengalah.

"Terima kasih telah memberikan saya ruang dan malam ini anda telah membuktikan bahawa tidak ada yang mustahil,” katanya semasa memberi ucapan sejurus kemenangan. 

Tuah tidak hanya memihak kepada Michelle Yeoh malah rakan pelakonnya di dalam filem Everything Everywhere At All Once, Ke Huy Quan turut menjadi lelaki Asia pertama yang memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Tahniah! – Getaran, 27 Februari 2023 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN