web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenyataan Disalah Tafsir, Awesome TV Tiada Kena Mengena Dengan Astro Mahu Pun Tun Mahathir 

Awesome TV juga mendakwa segelintir pengamal media telah memanipulasi laporan Berita 757.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 9:05AM

Berita 757 terbitan Awesome TV. - Gambar dari Facebook Berita 757

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya, laporan Berita 757 yang diterbitkan di Awesome TV sekali lagi  mencetuskan kontroversi dan hal yang sama turut berlaku pada 15 Februari lalu apabila ia melibatkan laporan berita mengenai Perdana Menteri kita. 

Menerusi laporan berita tersebut, pemerhati telah mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menilai dan menstruktur semula jumlah kakitangan awam dari 1.6 juta kepada 800,000 kerana jumlah perbelanjaan tahunan penjawat awam telah mencapai nilai yang tinggi iaitu RM114.9 bilion.

Ia susulan laporan yang diketengahkan portal The Edge Markets di theedgemarkets.com bertajuk “Reducing Government Opex Warrants a Look Into Emoluments”, juga bertarikh yang sama iaitu 15 Februari 2023.

Bagaimanapun, sesetengah pengamal media sosial telah memanipulasikan laporan Berita 757 terbabit dan mendapat reaksi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, yang mengeluarkan kenyataan bahawa Berita 757 telah membuat laporan palsu dan fitnah, kononnya, kerajaan akan mengurangkan jumlah penjawat awam. 

''Pihak Berita 757 dari Awesome TV telah pun membuat perjumpaan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memberikan penjelasan mengenai isu yang kami percaya telah disalah tafsirkan atau nasihat yang salah telah diberikan kepada Menteri,'' kata Awesome TV menerusi kenyataan yang dikeluarkan stesen TV itu.

Keadaan menjadi rumit apabila Menteri terpengaruh dengan beberapa pengamal media sosial yang tidak bertanggung jawab serta memanipulasikan berita tersebut. Ini termasuklah Datuk Lokman Adam yang mengeluarkan kenyataan palsu mengaitkan Awesome TV dengan Astro dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini tidak benar sama sekali. Awesome TV tidak ada apa-apa kaitan dengan Astro atau mana-mana parti politik.

“Kita menolak sekeras kerasnya kenyataan Lokman yang cuba mengaitkan berita ini dengan isu sentimen perkauman. Ini adalah suatu provokasi.

“Berita 757 mempertahankan laporan yang dibuat pada 15 Februari 2023 yang tidak ada kepentingan selain daripada memainkan peranan berita yang telus dan tulus demi kepentingan negara,” jelas Awesome TV.

Awesome TV telah mengeluarkan kenyataan ini menerusi satu perkongsian siaran akhbar. – Getaran, 22 Februari 2023 

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 7 minit yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN