web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jangan Rogol Seni!’ Episod Projek High Council Belum Tayang Sudah ‘Leak’ Di TikTok

Pengarah Razaisyam Rashid berkata sudah tiba masanya masyarakat berhenti menonton karya seni tempatan di saluran haram.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 1:00PM

Tangkap layar saluran telegram yang mengedarkan ‘Projek High Council’ secara haram. - Gambar daripada Instagram Naim Daniel

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika drama bersiri ‘Projek High Council’ mendaki rating dan mengembalikan kepercayaan penonton terhadap kualiti pengkarya tempatan, terdapat tangan-tangan ghaib tidak berhati perut mendedahkan episod belum tayang drama bersiri ini di platform media sosial secara haram.

Insiden ini menimbulkan rasa kecewa dan mengguris hati ramai pengkarya seni di Malaysia melihat hasil kerja yang diselesaikan bermati-matian dihancurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Turut meluahkan perasaan kecewa ialah pengarah Razaisyam Rashid yang merasakan sudah masanya masyarakat berhenti menonton mana-mana karya yang dihasilkan bersusah payah oleh anak seni tempatan di saluran haram.

“Sebagai pembikin filem, aku faham perasaan kecewa bila karya aku sendiri ‘leak’ sebelum masa tayangan. Mungkin kau tak faham perasaan penat lelah lakukan penggambaran 14 hingga 16 jam setiap hari selama dua bulan. Nak siapkan skrip sampai setahun. Sunting lagi enam bulan. Semuanya dia hancurkan macam itu sahaja,” tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Bukan itu sahaja, Naim Daniel yang merupakan salah seorang pelakon dalam ‘Projek High Council’ turut menceritakan bagaimana susah dan komitednya barisan kru produksi menyelesaikan drama bersiri berkenaan. Tindakan memuat naik dan berkongsi mana-mana saluran menonton secara haram disifatkan sebagai merogol seni.

“Yang bikin atas dasar mencari rezeki, dibalas dengan ini. Siang malam lebam-luka satu malam, cedera semasa penggambaran, yang hilang selera makan. Dilacur-murahkan bagai semua satu mainan.

“Harap kepada tukang sebar, tukang tonton, tukang bayar, tukang beli secara haram. Selamat dan lenalah buat kalian siang dan malam,” tulisnya di Instagram dengan nada sinis.

Nadhir Nassar yang memegang watak Naim Ismet dalam siri ini pula mendedahkan beberapa klip yang telah dibocorkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Nadhir turut mengajak orang ramai agar menonton siri ini di saluran yang betul dan membuat laporan sekiranya terjumpa mana-mana akaun yang menyebarkan pautan drama bersiri ini secara haram.

“Ada beberapa episod yang belum ditayangkan di Astro tetapi sudah dibocorkan di TikTok. Minta kerjasama semua kalau terjumpa jangan sebarkan sila buat laporan. Kita layan barang halal, bukan haram. Terima kasih kepada semua yang sokong #ProjectHighCouncil di platform yang betul. Sayang korang,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial dua episod Projek High Council yang belum ditayangkan di Astro telah dibocorkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Klip episod berkenaan telah dimuat naik secara haram dan tersebar di beberapa platform seperti Telegram dan di TikTok seterusnya menimbulkan rasa kecewa dan marah dalam kalangan para penggiat seni tanah air. - 20 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...