Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 1 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan akan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib Esok 2 jam yang lalu: Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - Anwar 2 jam yang lalu: Tekanan, persekitaran tempat kerja antara faktor polis bunuh diri - Dewan Rakyat

IKUTI KAMI


Pertemuan Dengan Fahmi Fadzil, Afdlin Shauki Lega 'Angels of Sandakan' Dapat Diteruskan, Turut Bincang Isu Industri 

Menerusi pertemuan tersebut, Afdlin akui Fahmi mempunyai idea yang cukup baik untuk menaikkan taraf industri kreatif di Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 9:07PM

Afdlin Shauki mengadakan pertemuan dengan Fahmi Fadzil (kiri) dan berbincang mengenai industri kreatif negara. - Gambar dari Instagram Afdlin Shauki

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karyawan industri kreatif serba boleh, Datuk Afdlin Shauki Aksan mengakui lega apabila dapat meneruskan projek filem 'Angles of Sandakan' yang sebelum ini tergendala apabila Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) membuat Pusingan U untuk memberikan dana menerusi pucuk pimpinan terdahulu. 

“In Sha Allah, kita akan ‘propose’ semula filem ini kepada FINAS kerana Angles of Sandakan adalah sebahagian daripada projek Road to Oscars. 

“Kita percaya kepada kandungan filem ini yang mana ia boleh dibawa bertanding ke anugerah yang tinggi seperti Oscar,” katanya kepada Getaran. 

Afdlin berkata demikian apabila diminta mengulas kandungan hantaran yang dimuatnaiknya di platform Instagram semalam. 

Afdlin Shauki
Afdlin Shauki

Menerusi hantaran tersebut, Afdlin telah memuatnaik gambar pertemuannya bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dengan kapsyen yang berbunyi: 

“Terima kasih YB Fahmi di atas mesyuarat yang indah ini. Yang penting aku dah tak kena ‘blacklist’ dengan FINAS! Jadi, boleh buat filem balik,” tulisnya. 

Bagi yang selama ini mengikuti perkembangan Afdlin dan karya-karya seninya pasti maklum dengan status filem Angles of Sandakan yang selama ini terbengkalai. 

Namun, peluang bertemu dengan Fahmi telah digunakan sepenuhnya untuk meluahkan tentang permasalahan projek filem tersebut serta beberapa persoalan yang ingin dikemukakan oleh pemain industri kreatif perfileman yang lain. 

“Sebagai ‘award winning director’ saya beritahu beliau bahawa projek filem ini (Angels of Sandakan) pada asalnya adalah projek bersama dengan FINAS. Bahkan, skripnya juga saya buat bersama FINAS. 

“FINAS yang luluskan dan ia kemudian sampai ke fasa yang seterusnya iaitu produksi dan filem ini telah diletakkan di bawah kategori kenegaraan. 

“FINAS memang pantau perjalanan projek filem ini. Bahkan, mereka juga tahu skrip juga ditulis oleh penulis layar Hollywood. 

“Tapi, orang yang naik dan memimpin FINAS selepas itu yang tidak tahu dan bila saya umumkan penyertaan dalam parti PKR, proposal filem saya itu telah disekat. Malah, beberapa proposal filem lain selepas itu juga tidak lepas,” katanya. 

Jelas Afdlin lagi, sebagai pemenang festival filem, dia juga tidak pernah dijemput untuk menghadiri Festival Filem Malaysia (FFM). 

“Pelik sampai macam itu sekali. Padahal kita bukan buat filem berunsur politik. Objektif kita hanyalah sekadar untuk mengangkat martabat filem negara. Tidak lebih daripada itu. Tapi, sudah tentulah mereka tidak mahu membantu orang yang menyokong parti pembangkang. 

“Tapi, baguslah sekarang ini apabila kita sekarang ini berada dalam kerajaan baharu yang tidak akan memandang perkara-perkara seperti itu. 

“Kalau seseorang itu bagus, tidak kisahlah dia sokong parti mana sekali pun, dia tetap akan dapat sokongan daripada pihak kerajaan. Lainlah, kalau dia mencetuskan fitnah dan sebagainya. 

“Itu yang cuba saya tekankan bahawa FINAS tidak boleh buat perangai macam itu lagi. Kena betul-betul bagi peluang kepada anak seni untuk berkarya. Jangan kita terus tutup pintu dengan sebahagian anak-anak seni ini. 

“Apa yang saya lihat menerusi pertemuan saya dengan YB Fahmi, beliau sebenarnya sangat jelas tentang perkara ini. Lebih-lebih lagi kerajaan sekarang ini adalah kerajaan perpaduan,” katanya. 

Biarpun pertemuan bersama Fahmi berlangsung dalam tempoh waktu yang singkat iaitu selama 30 minit di Parlimen baru-baru ini, namun Afdlin mengakui menteri tersebut mempunyai idea yang cukup baik untuk menaikkan taraf industri kreatif di Malaysia. 

“Banyak sebenarnya yang ingin saya bincangkan dengan beliau tetapi isu berbangkit dan hala tuju industri tetapi sayangnya tidak cukup masa dan banyak persoalan yang masih belum dapat dikemukakan. 

“Tapi, dia nampaknya sudah maklum dengan isu yang melibatkan pihak produser dengan MyIPO dan dia sudah pun memikirkannya dan berusaha mencari penyelesaiannya. 

“Sebenarnya dia kenal dengan ramai pemain industri kreatif dan disebabkan itu, dia tahu permasalahan di dalam industri ini. 

“Dia juga akan berusaha untuk selesaikan isu Ahli Lembaga Pengarah yang masih lagi kosong di FINAS. Dia baru sahaja bertugas dan kerja banyak. Mungkin sebab itu dia perlukan sedikit masa untuk menilai dan bertindak,” katanya. 

Apapun, jelas Afdlin, dia memang mengharapkan satu pembaharuan di dalam industri hiburan di Malaysia. 

“Di mana satu masa nanti, kita akan memiliki Akta Industri Kreatif  yang dapat melindungi anak-anak seni dan karya-karya kreatif yang dihasilkan. Kalau semua industri ada akta, kenapa industri kita tiada. 

“Dengan adanya, akta ini, ia juga boleh dijadikan tanda aras atau panduan untuk kita terus berkembang lagi dan memajukan industri,” katanya. – Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 19 jam yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

oleh Rubini Nagarajah

Muzik 6 jam yang lalu

Rahmad Mega Anggap Dirinya Bertuah Dapat Nyanyikan Lagu Runut Bunyi 'Melur Untuk Firdaus 2’

Rahmad turut menyifatkan bahawa lagu runut bunyi berjudul ‘Pejam’ merupakan genre yang di berada luar zon selesanya sebagai penyanyi rock.

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 23 jam yang lalu

Selepas Jumpa Kembar Wanita Iras Wajahnya, Alif Dan Versi Alif Bertudung Sama-Sama Makan Satay

Menerusi video pendek di Instagram, Alif bersama kembar seirasnya itu menikmati Alif Satay dengan beberapa aksi yang melucukan. 

oleh Rubini Nagarajah

Filem & TV 4 jam yang lalu

10 Fakta Menarik Tentang Filem 'Buya Hamka' Lakonan Vino G Bastian Dan Laudya Cynthia Bella

oleh Helmi Anuar