Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Lalui Pelbagai Cabaran Sewaktu Proses Pembikinan, Penerbit ‘Coast Guard Malaysia’ Sasar Kutip RM20 Juta

Filem arahan terakhir Allahyarham Pitt ini bakal mempamerkan aksi serta aset ketenteraan selain  dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Aziz M Osman dan ramai lagi.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 12:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengetengahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menjaga keselamatan perairan negara, filem baharu, ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ sarat dengan aksi mendebarkan yang pastinya menyentuh emosi untuk menarik penonton ke pawagam.

Filem genre aksi unit beruniform terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia itu menampilkan gandingan hebat dua aktor dan aktres popular tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.

Penerbitnya, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, perancangan menerbitkan filem yang membabitkan kos sebanyak  RM13 juta itu bermula sekitar 2017.

“Saya bersama Penerbit Eksekutif, Flying Deals Sdn Bhd, Rozita Mat Isa dan Jason Chong selaku penulis skrip mengemukakan kertas idea kepada Maritim Malaysia untuk menerbitkan filem.

“Kemudiannya, skrip dihasilkan dengan bantuan dan nasihat Maritim Malaysia melalui beberapa siri perbincangan dan penambahbaikan.

“Selepas mendapat kelulusan dan mendapat dana untuk projek filem kenegaraan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), kami mula mencari rakan penerbit untuk memulakan penggambaran.

“Akhirnya, kami bertemu dengan penerbit, Arie Zaharie dari Arie Zaharie Production yang berminat untuk bekerjasama menerbitkan filem ini,” katanya.

Kongsinya lagi penggambaran filem Coast Guard bermula pada 3 Ogos dan berakhir pada 24 Oktober 2019.

“Filem ini pada mulanya diarahkan oleh Hashim Rejab dengan dibantu Allahyarham Pitt ketika itu.

“Bagaimanapun, Hashim terpaksa menarik diri kerana ada komitmen lain dan arwah Pitt mengambil alih sehingga penggambaran selesai.

“Penggambaran filem mengambil masa selama 55 hari, membabitkan lokasi penggambaran sebanyak 65 peratus di kawasan laut dan pulau di sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Selebihnya di Kuantan dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang,” katanya.

Lebih seratus orang pelakon dan kru termasuk pegawai khas dari Maritim Malaysia terbabit dalam penggambaran filem ini dan turut memakan kos yang tinggi kerana membabitkan aset ketenteraan.

“Naskhah ini membabitkan kos tinggi kerana penggunaan aset ketenteraan iaitu tiga kapal besar, empat helikopter, 10 bot laju dan kelengkapan senjata api dan ‘machine gun’.

Insert Photo : Aset Tentera

“Bagi menghidupkan babak, kami membina perkampungan lanun yang terpaksa diletupkan pada penghujung cerita dengan membabitkan kos RM400,000.

“Barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan dan Julia Farhana juga menjalani sesi latihan ketat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) selama sebulan membabitkan aspek protokol, penggunaan senjata api, perlawanan dan sebagainya lagi,” katanya.

Turut tebabit dalam filem ini ialah pelakon handalan lain seperti Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.

Mengenai cabaran menghasilkan filem, kata Muhammad Hady Yusry, pihaknya berdepan dengan keadaan cuaca yang buruk termasuk ribut taufan yang melanda sepanjang penggambaran di Pulau Langkawi.

“Sepanjang 18 tahun terbabit dalam bidang pemasaran dan penerbitan filem, penggambaran filem ‘Coast Guard’ adalah paling mencabar. Barisan pelakon dan kru terpaksa berkampung selama tiga bulan dalam kapal besar yang berlabuh di tengah laut untuk penggambaran filem.

“Kami juga perlu melihat jadual penggunaan aset ketenteraan Maritim Malaysia dengan keadaan cuaca, selain aset sedia ada perlu digunakan dalam operasi Maritim.

“Sehari selepas penggambaran selesai, arwah Pitt pula meninggal dunia. Rozita dan Arie terpaksa menyambung kerja penggambaran yang berbaki lagi dua peratus di lokasi darat pula.

Arwah Pitt
Arwah Pitt

“Bayangkan, kami terpaksa mengambil alih tugas pengarah untuk menvisualkan semula untuk proses suntingan akhir filem ini,” katanya.

Jelas Muhammad Hady Yusry lagi, barisan pelakon utama turut berdepan detik mencemaskan ketika penggambaran babak aksi filem itu.

“Saharul berdepan detik mencemaskan dan hampir lemas di tengah laut ketika menunggu diselamatkan helikopter.

“Julia juga hampir lemas kerana topeng selam tercabut ketika menjayakan sesi latihan dalam air di AMSAS.

Saharul Ridzwan
Saharul Ridzwan

“Mujurlah pasukan penyelamat cekap bertindak bagi membantu menyelamatkan mereka,” katanya.

Ditanya sasaran kutipan filem, kata Muhammad Hady Yusry, hasil tinjauan dan maklum balas daripada pelbagai pihak dan pawagam, filem ini berpotensi mendapat sambutan hebat seperti filem ‘Paskal’ dan ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’.

“Saya juga mensasarkan filem ini akan mencecah kutipan sebanyak RM20 juta di pawagam nanti,” katanya.

Filem ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ edaran Metrowealth International Group dan disokong FINAS, Primeworks Studios dan Media Prima Berhad ini bakal ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula 2 Februari ini, termasuk tayangan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam. - Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Lakonan Dipuji, Adlin Aman Ramlie Teruja Bawa Watak Antagonis Dalam ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 14 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar