web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Impian Saya Menjadi Hero Filem Aksi Jadi Realiti - Shah Rukh Khan

“Awalnya, waktu saya masuk ke industri perfileman ini pada 32 tahun yang lalu, saya mahu menjadi hero filem aksi tetapi tidak berpeluang,” kata Shah Rukh Khan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 10:00AM

Gambar daripada Instagram Shah Rukh Khan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas empat tahun, akhirnya Datuk Shah Rukh Khan kembali ke layar perak memegang watak sebagai teraju utama dalam filem Pathaan.

Mengulas tentang penglibatannya di dalam filem itu, Shah Rukh berkata, ia ibarat mimpi yang menjadi kenyataan kerana dia dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi hero filem aksi.

Pathaan terbitan Yash Raj Films dan diarahkan Siddharth Anand adalah sebuah filem dunia perisikan yang dibintangi Shah Rukh Khan sebagai protagonis yang berusaha untuk melindungi negaranya.

Menurut Shah Rukh lagi, impian untuk menjadi hero filem aksi sudah tertanam sejak 32 tahun yang lalu, tetapi ia hanya menjadi realiti menerusi filem terbitan Yash Raj Films.

“Awalnya, waktu saya masuk ke industri perfileman ini pada 32 tahun yang lalu, saya mahu menjadi hero filem aksi.

“Tetapi saya tidak berpeluang kerana kebanyakan pembikin filem ketika itu menjadikan saya hero filem romantik,” katanya turut memetik beberapa karakter romantik yang pernah dilakonnya termasuk, Raj dan Rahul dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Kuch Kuch Hota Hota Hai.

Walaupun dia menyukai karakter hero sedemikian, namun dia sentiasa meletakkan impian untuk menjadi hero filem aksi. Disebabkan itu, Pathaan ibarat impian yang menjadi kenyataan buatnya.

Bercakap mengenai wataknya di dalam Pathaan, Shah Rukh Khan berkata dia seorang lelaki yang mudah dan nakal serta melakukan banyak kerja keras  Pathaan seorang yang mudah dipercayai, jujur dan hanya memikirkan India sebagai ibunya,

Shah Rukh juga sekali lagi bekerjasama dengan Deepika Padukone selepas mereka sama-sama membintangi beberapa filem terdahulu iaitu Om Shanti Om, Happy New Year dan Chennai Express.

Bercakap tentang pasukannya dengan Deepika yang cantik, Shah Rukh berkata, seseorang memerlukan seseorang yang bertubuh seperti Deepika yang dapat mengangkat lagu seperti Besharam Rang.

Dia menambah lagi: “Untuk dapat melakukan aksi, di mana dia berhadapan dengan lelaki dan menarik di hadapannya dan memukul, dia cukup kuat melakukan semua itu.  “Gabungan semacam itu hanya dapat dicapai dengan seseorang seperti Deepika. Ia adalah watak yang agak berlapis untuk heroin filem aksi,” katanya.

Pathaan projek filem perisik Aditya Chopra yang dibintangi bintang gergasi negara iaitu Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, dan John Abraham.

Kemunculan Pathaan, gembar-gemburnya begitu hebat sekali dan peminat juga seakan tidak sabar untuk menonton filem ini, disebabkan kepulangan Sha Rukh di layar perak semula.

Filem ini  bakal ditayangkan di pawagam pada 25 Januari 2023 dalam bahasa Hindi, Tamil dan Telugu. - Getaran, 20 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN