web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Yang Ada di Trailer Hanya Satu Peratus, Jangan Terus Buat Andaian - Penerbit ‘Pulau’

Menurut Fred, segala bahan promosi mahupun babak yang sepatutnya dipotong telah melalui saringan LPF dan telah pun dipatuhi daripada pihaknya.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 1:00PM

Fred turut berharap filem ini dapat mempromosikan keindahan lokasi pulau eksotik yang ada di dalam negara ini.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit filem ‘Pulau’, Fred Chong berharap masyarakat tidak terus membuat andaian berdasarkan kepada trailer filem yang hanya berdurasi tiga minit.

Tegasnya lagi, segala bahan promosi dan filem ‘Pulau’ sudah pun melalui saringan Lembaga Penapisan Filem (LPF) terlebih dahulu dan bukan niatnya mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Segala bahan promosi filem seperti trailer, poster malah filem ‘Pulau’ sendiri telah melalui proses pemerhatian lanjut daripada pihak Lembaga Penapisan Filem termasuk senarai wajib tayang daripada FINAS.

“Semua babak yang sepatutnya dipotong telah pun dipatuhi daripada pihak kami. Kami menghormati keputusan dan yakin kepada ketelusan proses pihak LPF.

“Apa yang dilihat melalui trailer tersebut hanyalah satu peratus daripada keseluruhan filem dan saya berharap masyarakat tidak membuat andaian sebelum menonton filem penuh yang bakal keluar pada 9 Mac 2023 nanti,” katanya.

Bukan itu sahaja, ‘Pulau’ turut mengetengahkan kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia.

“Kami percaya kemajuan yang sepatutnya dicapai dalam industri perfileman tanah air tidak lain tidak bukan, adalah ‘inclusivity’.

“Ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat negara ini dan juga dunia bahawa Malaysia adalah sebuah keluarga yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan berbilang budaya, yang hidup bersama dalam keadaan harmoni sebagai sebuah negara. ‘Pulau’ adalah langkah tepat ke arah itu,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, penerbit itu turut berharap filem ini dapat mempromosikan keindahan lokasi pulau eksotik yang ada di dalam negara ini.

“Menerusi filem ini, kami berhasrat untuk mempromosikan pulau-pulau indah dan pemandangan eksotik Malaysia.

“Dengan keindahan alam semula jadi seperti pantai berpasir, hutan rimba, gua tersembunyi dan air terjun yang dapat kita saksikan sepanjang durasi filem ini, kami ingin mempamerkan keindahan Langkawi kepada dunia,” tambahnya.

Terdahulu, sedutan filem ‘Pulau’ menerima kritikan apabila didakwa terdapat babak bikini dan elemen ‘soft porn’ di dalam filem tersebut

Pulau arahan Euho dijayakan ramai  pelakon popular seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Namron, Ikmal Amry, Sabronzo, Mark O’dea, Sanjna Suri, Miss Pui Yi dan ramai lagi. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Antara Pulau Perhentian Dan Pulau Redang, Mana Paling 'Best'?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembangunan Mersing Perlu Kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Isu Tuntutan Tak Masuk Akal Dan Dianiaya Awesome TV, Ayu Puteh Sudah Bawa Ke Pihak Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu