Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


SENIMAN Persoal Arahan FINAS Untuk Kosongkan Kenderaan Di Ruangan Parkir Di Premis Agensi Tersebut! 

Alasan yang diberikan FINAS menerusi surat pekeliling itu adalah disebabkan ruangan parkir yang sangat terhad di FINAS, khususnya ketika majlis rasmi dan mesyuarat yang melibatkan pihak ketiga.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 6:24PM

Alasan yang diberikan FINAS menerusi surat pekeliling itu adalah disebabkan ruangan parkir yang sangat terhad. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemelut di antara Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) nampaknya belum berakhir. 

Bermula dengan isu bekerja lebih yang melibatkan pekerja industri kreatif serta Aktar Kerja 1995 (Pindaan) 2002 yang tidak sesuai diguna pakai lagi, sekarang ini timbul pula isu yang baru. 

SENIMAN telah diarahkan mengosongkan kenderaan milik persatuan tersebut di ruangan parkir FINAS yang terletak di Hulu Kelang menerusi surat pekeliling yang dihantar semalam. 

Alasan yang diberikan FINAS menerusi surat pekeliling itu adalah disebabkan ruangan parkir yang sangat terhad di FINAS, khususnya ketika majlis rasmi dan mesyuarat yang melibatkan pihak ketiga.

Di dalam surat pekeliling itu juga FINAS turut mengarahkan SENIMAN untuk mengosongkan ruangan parkir tersebut selewat-lewatnya pada hari ini. 

Prof Dr Md Nasir Ibrahim - Gambar fail
Prof Dr Md Nasir Ibrahim - Gambar fail

Namun, SENIMAN beranggap bahawa arahan tergesa-gesa yang dibuat pihak FINAS iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Prof Dr Md Nasir Ibrahim itu lebih berbentuk peribadi dan menjurus kepada penzahiran tidak puas hati terhadap teguran persatuan itu mengenai isu kerja lebih masa melibatkan penggiat industri. 

Bahkan, arahan yang dibuat itu juga dianggap tidak wajar kerana kenderaan SENIMAN itu ditempatkan di satu sudut di belakang Bangunan Asrama@blok berkdekatan Kafe Finas dan kawasan parkir itu juga sudah digunakan selama empat tahun sejak 2018 atas ihsan dan kelulusan Ketua Pengarah FINAS ketika itu. 

Menjelaskan perkara ini dengan lebih lenjut menerusi satu kenyataan media, SENIMAN berkata, kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir FINAS itu juga digunakan untuk kepentingan dan kebajikan ahli-ahli persatuan tersebut khususnya membawa ahli veteran dan ahli/ artis untuk menghadiri apa-apa program atau jemputan tanpa mengenakan sebarang bayaran. 

“Malah, kenderaan itu juga digunakan untuk pelbagai tujuan, antaranya menjemput artis veteran Singapura bagi program anjuran FINAS (dari tahun 2018 sehingga 2019 (FFM29 dan FFM30) serta dalam program khas Imbas Kembali dan Layar Bintang. 

“Secara logiknya, satu ruang parkir kenderaan SENIMAN tidak mungkin akan mencacatkan program/majlis rasmi atau mesyuarat FINAS. 

“Jika benar sekali pun, arahan untuk mengalihkan kenderaan SENIMAN, perlulah dibuat dengan timbang tara iaitu memberi tempoh masa, meminta maklum balas atau jawapan bertulis SENIMAN serta mengikut lunas-lunas yang sesuai. 

“Arahan yang tergesa-gesa menyebabkan SENIMAN boleh membuat tanggapan bahawa arahan yang dibuat oleh CEO FINAS berbaur dan bersifat peribadi serta menjurus kepada penzahiran rasa tidak puas hati kepada kenyataan media atau teguran SENIMAN terhadap FINAS baru-baru ini iaitu berkaitan isu kerja lebih masa melibatkan penggiat industri yang dipandang enteng.

Namun, SENIMAN tidak berhasrat untuk mengupas lanjut akan perkara ini kerana natijahnya lebih condong mendedahkan kelemahan tadbir urus CEO sendiri. Sukacitanya dimaklumkan, SENIMAN berpandangan bahawa terdapat perkara yang jauh lebih mustahak berbanding isu parkir kenderaan ini. 

“FINAS perlu melihat isu, masalah industri dan perkara-perkara berbangkit serta berusaha keras melaksanakan atau membantu penggiat industri yang merupakan pemegang taruh FINAS. Antaranya seperti: 

Dasar Perfileman Negara yang menjadi asas kepada pembolehubah kepada hala tuju industri perfileman negara. CEO perlu lebih fokus dan melihat ini sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) apabila dilantik oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sebagai CEO FINAS. 

Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Akta 244 yang merupakan nadi kepada sebarang perubahan ke atas perkara-perkara utama. Selain perkara yang menyentuh urus tadbir FINAS, kewangan dan perundangan, perkara utama yang berkaitan pembangunan modal insan serta kebajikan termasuk skim perlindungan/keselamatan penggiat industri yang terkait rapat dengan Caruman PERKESO dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP).

Perkara ini perlu diberi keutamaan dan dijelaskan kepada warga industri agar mereka mengetahui dan faham apa yang berlaku melalui sesi libat urus berperingkat atau Sesi Town Hall. 

Berkaitan Akta 244 ini juga, terdapat perkara penting yang menjadi tanda tanya dalam kalangan Ahli Lembaga FINAS bagi lantikan tahun 2022 (semak) adalah pelantikan CEO FINAS sebagai anggota Ahli Perbadanan yang bertentangan dengan Seksyen 10 (a,c) Akta 244. 

Kewajipan Ketua pegawai eksekutif hendaklah – (a) bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan dasar Perbadanan; (c) menyempurnakan apa-apa kewajipan dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang ditetapkan atau diwakilkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi. 

Sekiranya perkara ini diangkat terus kepada YB Menteri dengan mengguna pakai Seksyen 34 A (Pengecualian) sekali pun, ianya ternyata bercanggah dan berlaku pelanggaran Akta 244. 

Menurut SENIMAN lagi, perkara-perkara yang disebutkan di atas itu hendaklah dibentangkan terlebih dahulu dan diluluskan oleh Ahli Perbadanan FINAS ketika itu. 

“Malangnya perkara ini langsung tidak berlaku sama sekali. Proses yang sepatutnya, setelah diluluskan oleh YB Menteri dan dibawa kepada Peguam Negara, hendaklah dibentangkan di parlimen untuk dibahas sebelum diluluskan. 

“Perkara ini memberi impak kepada akauntabiliti pengurusan FINAS kerana CEO sepatutnya membentangkan apa-apa dasar dan polisi kepada Ahli Lembaga, tetapi kini berada sebagai Ahli Lembaga. 

“Perkara ini perlu diberi penjelasan tepat dan jelas oleh CEO. Sebarang pelanggaran Akta akan melibatkan sebutan di mahkamah jika terdapat aduan atau sebarang pertikaian oleh pihak-pihak yang akan berbuat demikian.  

“Ini adalah sebahagian perkara utama yang perlu ditanggani oleh FINAS, tidak termasuk lain-lain perkara atau urus tadbir dalaman serta arahan di peringkat kementerian,” kata SENIMAN. 

Mengupas lebih lanjut tentang fungsi FINAS, SENIMAN berkata, agensi perbadanan itu diwujudkan untuk membantu industri bagi melaksanakan hala tuju yang lebih jelas, suasana yang baik dan mencipta dasar ekosistem asas dengan kerjasama persatuan- persatuan seni sebagai panduan kepada pemain dan penggiat industri. 

“Dengan itu FINAS lebih disegani serta dipercayai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penerajui industri perfileman negara dan bukannya organisasi yang bersifat pasif dan hanya mendendangkan sesuatu yang bersifat retorika. 

“Justeru, sebagai persatuan yang dinaungi oleh kira-kira 8000 ahli yang sudah wujud selama 49 tahun, SENIMAN atau persatuan yang terkait dengan industri perfileman bertanggungjawab untuk menegur atau menyatakan pandangan apa-apa yang berkaitan industri. 

“FINAS boleh menyaring setiap pandangan yang dikemukakan. Sebagai pemimpin yang berpendidikan tinggi, CEO FINAS tidak perlu melatah atau menunjukkan ketidakmatangan dalam menangani sebarang isu atau permasalahan yang dibangkitkan oleh pihak industri. 

“Sebarang teguran dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk SENIMAN atau mana-mana persatuan atau individu wajar dilihat secara profesional agar FINAS dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai peneraju industri perfileman negara dan melepasi peringkat global,”  menurut kenyataan SENIMAN lagi. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

3

TARA 10 bulan yang lalu

FINAS, Promasta Anjur Kursus Cungkil Bakat Lagak Aksi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pandelela Diangkat Sebagai Ikon Perpaduan Negara

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar

Muzik 3 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Muzik 23 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar