web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Pernah Ditawarkan Berlakon Babak Panas - Ikmal Amry

Walaupun menjadi salah seorang pelakon dalam filem Pulau, namun Ikmal tidak terlibat dengan sebarang aksi panas dalam filem ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 8:00PM

Ikmal Amry - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Ikmal Amry mendedahkan pernah ditawarkan berlakon babak panas oleh seorang pengarah. Namun tawaran itu ditolak kerana menghormati status dirinya yang sudah bergelar seorang suami.

“Kalau tawaran itu diberikan kepada saya sebelum berkahwin, mungkin saya akan pertimbangkan. Pertimbangkan ya, tapi belum tentu saya terima. 

“Kini selepas berkahwin, saya memang tolak tawaran sebegitu bagi menghormati perasaan isteri dan juga menjaga status saya sebagai seorang suami,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Pulau

Ikmal ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Pulau. - Gambar oleh Wafa Aula
Ikmal ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Pulau. - Gambar oleh Wafa Aula

Walaupun menjadi salah seorang pelakon dalam filem kontroversi yang didakwa mempunyai unsur ‘soft porn’, Ikmal bagaimanapun tidak terlibat dengan babak berkenaan. 

“Saya mula-mula tak tahu pun babak itu ada. Bila baca balik keseluruhan skrip baru perasan babak itu wujud. Tapi saya tak terlibat dengan babak itu. Saya tak campur.

“Saya cuma harap penonton dapat melihat lakonan saya dalam filem ini kerana ia peluang yang besar untuk saya,” tambahnya. 

Ikmal memberikan dedikasi yang tidak berbelah bagi untuk filem ini. Selain terpaksa meninggalkan isteri yang sedang mengandung untuk penggambaran. Ikmal juga menghitamkan sedikit kulitnya supaya wataknya yang tinggal lama di pulau akan nampak lebih nyata.

Gambar oleh Wafa Aula
Gambar oleh Wafa Aula

Terdahulu, filem Pulau mengundang kontroversi apabila sedutan filem itu memaparkan aksi berbikini dan berpelukan memicu perbualan hangat dalam kalangan warganet. 

Pulau mengisahkan tentang sekumpulan pengunjung yang melanggar pantang larang sebuah pulau terbiar. Mereka terpaksa berhadapan dengan kejadian ngeri yang mengundang maut.

Filem arahan Fred Chong yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia ini dibintangi barisan pelakon popular seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Namron, Ikmal Amry, Sabronzo, Mark O’dea, Sanjna Suri, Miss Pui Yi dan ramai lagi. - Getaran, 18 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...