Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Genggam Trofi Golden Globe Selepas 4 Dekad, Ini Isi Ucapan Menyentuh Hati Michelle Yeoh

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 2:00PM

Michelle Yeoh mengimbau perjalanan panjangnya bergelar pelakon di Hollywood. - Gambar AFP

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas empat dekad, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya membawa pulang trofi Golden Globe pertamanya menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik/Komedi.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih membanggakan, Michelle menjadi pelakon Malaysia pertama yang meraih anugerah berprestij itu menerusi lakonannya dalam filem ‘Everything Everywhere All At Once’.

Ketika berdiri di pentas sambil memegang trofi, wanita kelahiran Ipoh itu dilihat tersentuh dan mengimbau perjalanan panjangnya bergelar pelakon di Hollywood.

“Ia sebuah perjalanan yang menakjubkan dan penuh cabaran untuk akhirnya saya berdiri di sini hari ini. Namun, semuanya berbaloi.

“Saya masih ingat awal-awal dahulu ketika saya datang ke Hollywood, ia bagai impian yang menjadi kenyataan. Ada yang melabelkan saya sebagai ‘monoriti’ (sukar menembusi Hollywood) namun saya katakan ia tidak mustahil.

“Ada seseorang yang bertanya kepada saya adakah saya berbahasa Inggeris? Saya kata, perjalanan ke sini mengambil masa sehingga 13 jam. Jadi saya pelajar sepanjang penerbangan itu.

“Akhirnya waktu pun berlalu, saya baru sahaja menyambut ulang tahun ke-60 tahun lalu. Sebagai wanita mesti kamu pun tahu. Ketika kita semakin berusia, peluang yang ditawarkan kepada kita akan lebih berkurangan.

“Sehinggalah datangnya tawaran dan hadiah terbaik yang saya terima iaitu file ‘Everything Everywhere All at Once’,” katanya.

Sebelum turun dari pentas, Michelle mengucapkan terima kasih kepada rakan pelakonnya terutamanya Ke Huy Quan (yang memenangi anugerah Pelakon Sokongan Terbaik), Jamie Lee Curtis dan Stephanie Hsu.

Michelle menewaskan beberapa nama besar dalam kategori tersebut seperti Lesley Manville (Mrs. Harris Goes To Paris), Anya Taylor-Joy (The Menu), Emma Thompson (Good Luck To You, Leo Grande) dan Margot Robbie (Babylon). - Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

19 Tahun Menjalin Hubungan, Michelle Yeoh Kini Milik Jean Todt

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

PM Terima Kunjungan Michelle Yeoh Di Putrajaya

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MBI Cadang Senaraikan Michelle Yeoh Antara Tokoh Dalam 'Hall Of Fame'

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 15 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 3 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar