web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertama Kali Mengarah Dan Berlakon Dalam ‘Bukan Syurga Pilihan’, Ungku Ismail Akui Ia Bukan Tugas Mudah 

‘Bukan Syurga Pilihan’ yang diadaptasi daripada novel bertajuk ‘Gantung’ oleh AH Clans ini cuba mengangkat perjalanan hidup wanita yang sering terperangkap dalam perkahwinan yang penuh dengan onak dan duri. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 2:21PM

Gambar: Astro 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu penderaan domestik seringkali berlaku dalam sesebuah rumahtangga dan ia nyata memberikan kesan dan impak terhadap sesebuah hubungan suami isteri yang pada awalnya dibina atas dasar cinta dan kasih sayang. 

Inilah kisah yang menjadi taruhan dalam drama bersiri bertajuk ‘Bukan Syurga Pilihan’ yang kini sedang ditayangkan di slot Tiara di Astro Prima. 

Merupakan arahan pertama, Ungku Aziz Ismail, drama bersiri yang diadaptasi daripada novel bertajuk ‘Gantung’ oleh AH Clans ini cuba mengangkat perjalanan hidup wanita yang sering terperangkap dalam perkahwinan yang penuh dengan onak dan duri. 

“Drama ini menceritakan tentang seorang perempuan yang pertama kali jatuh cinta dengan seorang lelaki yang dia percaya boleh bawakan kebahagiaan. Tetapi rupanya dia bertemu keperitan di mana ia berlanjutan sehingga hubungan itu menjadi lebih teruk.

“Sebagai pengarah, saya perlu mengawal pasukan kerja, mengambil kira semua perkara dan mendapatkan kesepakatan pasukan kerja. Cabaran apabila menjadi pengarah dan pelakon pula, saya perlu lepaskan ‘pengarahan’ saya kepada team bila saya perlu berlakon. 

“Pertukaran pengarah kepada pelakon itu adalah satu cabaran kepada saya tetapi inilah yang saya ingin buat. Rakan-rakan pelakon yang lain sangat membantu dalam saya menjadi pengarah untuk drama ini cumanya drama ini membabitkan ‘chemistry’ yang huru-hara. 

“Plot ceritanya agak taboo yang saya rasa sesetengah orang akan berasa teruja dan pada masa yang sama, mereka akan rasa ‘annoying’. Nadiya Nisaa adalah pelakon yang saya ingin bekerjasama dan menerusi drama ini, kami dapat berganding sebagai watak utama,” katanya. 

Ungku Ismail juga berharap penonton akan mendapat sedikit iktibar dan pengajaran tentang masalah rumah tangga khususnya penderaan domestik yang masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat kita. 

Ungku Ismail Aziz yang menerajui watak utama (Megat Ariff) bersama Nadiya Nisaa sebagai Tihani turut dibantu barisan pelakon lain seperti Fezrul Khan (Zaid), Aishah Ilias (Sofea) dan Azizah Mahzan sebagai ibu kepada Megat Ariff, Datuk  Ilya.

Penceritaan drama bersiri 40 episod ini memaparkan kehidupan Tihani yang sedang hangat dilamun cinta bersama Zaid yang menjanjikan bahagia buat selamanya.

Janji manis ini mungkir apabila Zaid yang rupanya seorang kaki pukul melafazkan talak tiga ketika mereka sedang bergaduh. 

Tihani kemudian didatangi Megat Ariff yang ingin meminangnya, tanpa mengetahui yang Megat Ariff juga sedang melarikan diri daripada dikahwinkan dengan Sofea, gadis pilihan ibunya, Datuk Ilya.

Perkahwinan yang pada awalnya tiada apa-apa makna, kemudian dihadiri perasan cinta. Namun malang buat Tihani, perkahwinan kedua ini turut dipenuhi onak duri apabila diganggu  Zaid dan Sofea yang merancang untuk menjatuhkan Tihani dengan pelbagai khianat. 

Dalam mengejar kebahagiaan dalam hubungan perkahwinannya, Tihani sekali lagi terperangkap dalam kehidupan yang lebih sengsara apabila Megat Ariff sendiri mempercayai fitnah mengenainya dan berubah menjadi kasar.

‘Bukan Syurga Pilihan’ telah ditayangkan sejak 2 Januari lalu,  setiap  Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang  di slot Tiara di  Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO. - Getaran, 6 Januari  2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Selepas ‘Dukun’, Dain Said Kembali Dengan Karya Genre Seram Dalam Filem Terbaharu ‘Harum Malam’

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

‘Penghulu Interim’ Papar Realiti Hidup Marhaen Flat Bandar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...