Berita Terkini

6 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Meriahkan Tahun Baharu 2023 Anda Dengan Filem dan Drama Di Astro

Sarat dengan elemen komedi dan menghiburkan, aksi mendebarkan, seram, konflik, drama, pengembaraan dan percintaan, sambutan permulaan tahun baharu ini boleh diraikan dalam suasana penuh meriah.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 6:08PM

Pelbagai cerita menarik disediakan untuk tontonan oleh Astro sepanjang bulan ini. - Gambar dari Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Istimewa di musim perayaan Tahun Baharu ini, Astro bakal membawakan filem-filem menarik khas untuk tontonan anda seisi keluarga.

Sarat dengan elemen komedi dan menghiburkan, aksi mendebarkan, seram, konflik, drama, pengembaraan dan percintaan, sambutan permulaan tahun baharu ini boleh diraikan dalam suasana penuh meriah.

Filem-filem yang bakal menanti penonton di HBO GO, HBO, Warner TV, Cartoon Network dan  Boomerang yang berada di bawah naungan Astro serta di platform On Demand ini merentasi setiap genre sepanjang bulan Januari ini.

1.Top Gun: Maverick dan minisiri ‘The Heroic Quest of the Valiant Prince Ivandoe’

Top Gun: Maverick dan minisiri ‘The Heroic Quest of the Valiant Prince Ivandoe’.
Top Gun: Maverick dan minisiri ‘The Heroic Quest of the Valiant Prince Ivandoe’.

Kemeriahan musim perayaan dimulakan dengan sekuel ‘Top Gun’ yang pernah merekodkan kutipan pecah panggung ketika pertama kali disiarkan lebih kurang sedekad yang lalu.

Kini kembali dengan Top Gun: Maverick, filem yang dibintangi pelakon legenda Tom Cruise bersama Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Lewis Pullman, Ed Harris dan Val Kilmer ini akan menemui peminat mulai 21 Januari di saluran HBO (Astro Ch 411) dan HBO GO.

Pada hari yang sama juga, Astro membawakan anda sebuah mini siri yang menarik berjudul ‘The Heroic Quest of the Valiant Prince Ivandoe’ bagi kanak-kanak.

Siri animasi yang yang berasaskan parodi novel ‘British Ivanhoe’ tahun 1820 oleh Sir Walter Scott ini mengambil gaya yang sangat mengingatkan kartun-kartun ‘Studios Europe’ yang terdahulu, ‘The Amazing World of Gumball’, yang menampilkan animasi yang dicipta dengan pelbagai sumber yang berbeza.

Minisiri animasi ‘The Heroic Quest of the Valiant Prince Ivandoe’ ini bakal menemui peminat kanak-kanak di saluran Cartoon Network (Astro Ch 615).

2. ‘The Last Of Us’

Meriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baharu dengan ‘The Last Of Us’ yang menampilkan gandingan barisan pelakon hebat seperti Pedro Pascal, Bella Ramsey, Gabriel Luna, Anna Torv, Nico Parker dan Murray Bartlett serta ramai lagi pada 16 Januari ini.

Drama triller ini bakal ditayang di saluran HBO (Astro Ch 411) and HBO GO yang membawa kisah berdasarkan permainan video terkenal.

3. ‘Elvis’

Elvis
Elvis

Tiada sambutan yang lagi meriah tanpa kenangan bersama lagu-lagu lama, justeru itu Astro turut membawakan kenangan penyanyi legend Elvis Presley dengan filem biografinya berjudul ‘Elvis’.

Kisah tentang legenda muzik rock n roll itu, bakal ditayang di saluran HBO (Astro Ch 411) bermula 22 Januari jam 9 malam.

Filem ini menelusuri sejarah hidup dari awal, perjalanan karier yang penuh kejayaan, sehinggalah penghujung hayat Elvis Presley, yang mana sehingga kini muziknya masih 'hidup' dan digemari segenap lapisan masyarakat.

4.’Aquaman’

Selain dari filem-filem hebat dan biografi, Astro turut membawa kisah adiwira yang tersohor keluaran DC Comics iaitu ‘Aquaman’.

Filem yang pernah merekodkan kutipan pecah panggung ketika pertama kali disiarkan pada tahun 2018 ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson, Nicole Kidman, Willem Dafoe dan ramai lagi. Filem ‘Aquaman’ ini bakal ditayang di saluran Warner TV (Astro Ch 712) bermula 23 Januari.

5.The Cleaning Lady Season 1

The Cleaning Lady
The Cleaning Lady

Bermula 10 Januari, drama ‘The Cleaning Lady’ bakal ditayang di Warner TV (Astro Ch 712) yang membawa kisah seorang doktor wanita yang menjadi ‘cleaning lady’ bagi menyembunyikan sejarah hitamnya.

Drama ‘The Cleaning Lady’ yang diadaptasi daripada sebuah siri negara Argentina, ini dibintangi oleh Elodie Yung, Eva De Dominici, Adan Canto, Oliver Hudson dan ramai lagi.

Pada akhir Januari ini juga, terdapat beberapa siri yang sampai ke hujung kisahnya selepas ditayang beberapa musim di HBO ini.

Mechamato Season 2
Mechamato Season 2

Antaranya ialah, ‘Doom Patrol Musim 4A’ pada 5 Januari, ‘Law & Order: Organized Crime Musim’ pada 12 Januari, ‘Dr. Death’ Musim 1 pada 19 Januari dan ‘Gossip Girl’ Musim 2 pada 26 Januari.

Year of the Wabbit
Year of the Wabbit

Istimewa buat adik-adik yang merindukan karakter animasi kesayangan ramai, jangan lupa temujanji anda bersama ‘Mechamato’ Season 2’,  Sesame Street’, ‘Year of the Wabbit’, ‘Bugs Bunny Builders’ dan ‘Looney New Year’ di saluran Cartoon Network (Astro Ch 615) dan Boomerang (Astro Ch 619). – Getaran, 2 Januari 2023.

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 5 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran