Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Rebiu ‘Glass Onion: A Knives Out Mystery’: Penuh Kejutan, Filem ‘Murder Mystery’ Terbaik Tahun Ini  

Ia seperti Glass Onion itu sendiri iaitu lapisan kaca yang kompleks seperti bawang tetapi sebenarnya sangat mudah dan jelas untuk dirungkai, tetapi sebagai penonton ia masih kompleks untuk ditonton. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 8:24PM

‘Glass Onion: A Knives Out Mystery’ berada pada carta senarai Top 10 Filem yang ditonton di Neflix. - Gambar dari Netflix

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah filem Netflix yang kini menjadi sebutan dan dalam tempoh masa tiga hari ia mula ditayangkan di platform penstriminan digital itu pada 23 Disember lalu, ia telah meraih tontonan sebanyak 35 juta di 93 buah negara. 

Bahkan, ia turut mencatatkan kedudukan tangga pertama dalam carta senarai Top 10 Filem yang ditonton di Neflix, bukan sahaja di negara-negara lain tetapi juga di Malaysia. 

‘Glass Onion: A Knives Out Mystery’ karya dan arahan Ryan Johnson adalah sekuel filem kepada Knives Out (2019), namun ia bukanlah sebuah filem sambungan kepada filem terdahulu. 

Benoit Blanc (lakonan Danial Craig).
Benoit Blanc (lakonan Danial Craig).

Namun, genrenya tetap berpaksikan kepada murder mystery (pembunuhan misteri) dengan mengekalkan watak penyiasat hebat terkenal, Benoit Blanc (lakonan Danial Craig). 

Secara jujur, penulis lebih sukakan Danial Craig dengan watak ini berbanding James Bond (maaf kalau ada di antara anda yang tidak bersetuju dengan pandangan penulis ini) kerana dia lebih sesuai dan penuh berkarisma membawakan watak ini. 

‘Glass Onion: A Knives Out Mystery’ sememangnya terinspirasi daripada kisah-kisah ‘murder mystery’ yang dicetuskan Agatha Christie menerusi watak penyiasat Hercule Poirot.

Ia jelas sekali kerana Benoit Blanc menyelesaikan kes-kes misteri pembunuhan ini tanpa menggunakan apa-apa peralatan yang canggih atau sofistikated. 

Glass Onion: A Knives Out Mystery turut dibintangi oleh Kate Hudson.
Glass Onion: A Knives Out Mystery turut dibintangi oleh Kate Hudson.

Apa yang ketara juga, ia berlatarkan belakangkan pembunuhan misteri berbentuk percutian yang seringkali diterapkan Agatha dalam setiap kisah-kisah misterinya, misalnya Evil Under the Sun, Death Of Nile dan Murder on The Orient Express dan banyak lagi. 

Dalam sekuel kali ini, Benoit Blanc yang sudah bosan kerana tidak berbuat apa-apa selepas dunia dilanda pandemik COVID-19 selama dua tahun telah berdepan dengan sebuah misteri baharu. 

Blanc terpaksa menyelesaikan teka-teki kematian seorang wanita muda bernama Cassandra 'Andi' Brand yang menjadi sebahagian daripada kalangan teman-teman rapat kepada hartawan teknologi Miles Bron, yang dilakonkan Edward Norton. 

Kehadiran Cassandra 'Andi' Brand ke pulau berkenaan mengundang pelbagai persoalan.
Kehadiran Cassandra 'Andi' Brand ke pulau berkenaan mengundang pelbagai persoalan.

Andi juga sebenarnya adalah bekas rakan kongsi Andi tetapi telah disingkirkan daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif daripada syarikat Alpha. 

Penyiasatan Blanc bermula Miles mengundang lima rakannya, ahli saintis, Lionel Toussaint, gabenor Connecticut, Claire Debella, model dan pereka fesyen, Birdie Jay, pempengaruh media sosial, Duke Cody dan Andi untuk menganjurkan parti pembunuhan misteri dirinya sendiri di Glass Onion yang terletak di sebuah pulau persendirian di Greece.  

Blanc turut menerima undangan tersebut dan dia bersama pembantu peribadi Birdie Jay iaitu Peg dan teman wanita Duke iaitu Whiskey turut sama menyertai percutian tersebut. 

Namun, belum sempat Miles cuba untuk memulakan parti misteri pembunuhannya sendiri, Blanc terlebih dahulu mendedahkan bahawa apa yang dirancangnya itu sama sekali tidak bijak dan sudah boleh diagak.

Babak ini agak melucukan dan pada masa yang sama mengagumkan kerana ia membuatkan kita berasa Blanc benar-benar seorang penyiasat yang hebat. 

Siapakah antara mereka ini pembunuh Duke?
Siapakah antara mereka ini pembunuh Duke?

Ia seperti Glass Onion itu sendiri yang mempunyai lapisan kaca yang kompleks seperti bawang tetapi sebenarnya sangat mudah dan jelas untuk dirungkai dan itulah yang dilakukan Blanc.

Itulah juga konsep yang cuba diketengahkan Ryan Johnson di dalam filem arahannya ini tetapi sebagai penonton ia masih kompleks apabila ditonton. 

Kemudian Duke mati dan rebah setelah meneguk minuman daripada gelas Miles dan semua orang menuduh Andi sebagai pembunuh untuk membalas dendam terhadap mereka. 

Tetapi, kenapa? Tidak lama kemudian, Andi pula menjadi sasaran pembunuhan kedua. Suasana di Glass Onion itu menjadi semakin tegang dan membingungkan. 

Di sinilah bermulanya pelbagai kejutan dan suasana yang semakin yang tidak dijangka kerana pada saat misteri pembunuhan ini bermula Blanc telah memaklumkan bahawa dia telah menyelesaikan misteri pembunuhan Andi dan Andi sebenarnya telah mati sebelum percutian ini bermula lagi. 

Miles Bron lakonan Edward Norton gembira menyambut kehadiran rakan-rakannya ke pulau di Greece.
Miles Bron lakonan Edward Norton gembira menyambut kehadiran rakan-rakannya ke pulau di Greece.

Satu plot twist yang cukup menarik yang dilakukan oleh Ryan Johnson. Jadi, siapakah Andi yang datang ke pulau itu yang dibunuh? Dan siapa pula yang membunuh Andi yang sebenar? Dan, siapa pula membunuh Duke? 

Menggunakan flashback, ‘Glass Onion: A Knives Out Mystery ’ini membawa penonton kepada babak di mana Blanc menerima kunjungan daripada kembar Andi iaitu Helen yang mahukan dia membantu menyelesaikan kes pembunuhan Andi. 

Helen dan Andi dilakonkan oleh penyanyi dan rapper Amerika Syarikat, Janelle Monae yang sangat cemerlang sekali membawakan kedua-dua watak tersebut. Blanc bagaimanapun mempunyai idea lain bahawa Helen harus menyamar sebagai Andi dan mengikuti parti percutian itu jika dia mahu menyelesaikan kes pembunuhan kembarnya itu. 

Jadi, Andi yang datang ke pulau itu sebetulnya adalah Helen. Biarpun ditembak, namun Helen sebenarnya terselamat kerana peluru itu terkena kepada jurnal milik Andi yang dibawanya bersama.  

Salah satu babak dalam filem Glass Onion: A Knives Out Mystery
Salah satu babak dalam filem Glass Onion: A Knives Out Mystery

Sebetulnya, filem ini telah pun memberikan penonton foreshadow untuk mengagak siapakah pembunuh Duke, Andi dan Helen, tetapi kerana kebijaksanaan Ryan Johnson memanipulasi pemikiran penonton, kita masih cuba untuk mengagak siapa di antara kalangan mereka yang berada di Glass Onion yang menjadi pembunuhnya. 

Ryan juga memberi petunjuk bahawa setiap seorang daripada mereka kecuali Blanc mempunyai motif untuk membunuh Duke, Andi dan Helen. 

Persoalan mengapa Andi dan Duke dibunuh juga terjawab di dalam filem ini. Blanc sekali lagi berjaya menyelesaikan kes misteri Glass Onion dan Helen juga akhirnya dapat menuntut bela terhadap kematian kembarnya, Andi. 

Sejak ditayangkan pada 23 Disember filem ini telah meraih tontonan sebanyak 35 juta di 93 buah negara. 
Sejak ditayangkan pada 23 Disember filem ini telah meraih tontonan sebanyak 35 juta di 93 buah negara. 

Glass Onion sememangnya antara filem ‘murder mystery’ yang terbaik untuk tahun ini dan pada asalnya Ryan Johnson memikirkan tajuk asalnya sebagai Glass dan cuba mencari lagu yang menggunakan tajuk Glass.

Akhirnya dia menjumpai Glass Onion daripada The Beatles. Ryan turut mendedikasikan lagu The Beatles itu pada end credit filem ini.  

Selain Danial Craig, Edward Norton dan J Janelle Monae, filem ini turut dibintangi Kate Hudson Kathryn Hahn, Leslie Odom Jr., David Bautista, Jessica Henwick serta Madelyn Cline. – Getaran, 29 Disember 2022.

Rating : 5 Getar 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 39 minit yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 12 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'