web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Israel Berkempen Di Media Sosial Minta Ramai Batalkan Langganan Netflix Kerana Filem 'Farha' 

'Farha' adalah kisah benar tentang pengalaman seorang gadis Palestin yang mengalami sendiri tragedi Nakba (sebahagian tanah air dirampas oleh Israel dan penghapusan puak Palestine di tanah air mereka) pada 1948. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 5:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kewujudan filem Farha di platform penstriman utama seperti Netflix telah membangkitkan kemarahan beberapa pegawai atasan Israel. 

Bukan setakat mengecam Farha, bahkan turut mengancam bahana yang bakal diterima akibat di tayangkan di platform tersebut.

"Adalah gila apabila Netflix memutuskan untuk menstrim filem yang tujuan keseluruhannya adalah untuk mewujudkan kepura-puraan palsu dan berbentuk hasutan terhadap tentera Israel," kata Menteri Kewangan Israel, Avigdor Liberman dalam satu kenyataan baru-baru ini. 

Lieberman juga mengambil langkah untuk membatalkan pembiayaan negeri di sebuah pawagam di pinggir bandar Tel Aviv di kawasan Jaffa yang bakal menayangkan filem itu, dengan "matlamat untuk menghalang tayangan filem yang mengejutkan ini atau yang serupa pada masa akan datang."

Menurut laporan The Arab News, beberapa pegawai Israel lain turut mengecam tayangan Farha dalam kenyataan-kenyataan mereka. 

Sebagai tindak balas kepada tayangan filem itu di Netflix, terdapat penyelarasan penurunan penarafan dari sudut rating dalam talian, serta kempen media sosial yang menyeru orang ramai untuk membatalkan langganan Netflix mereka.

Seorang ahli intelektual Israel yang menentang  tayangan Farha memberitahu bahawa Netflix adalah rangkaian global dan mempunyai ramai pelanggan di Israel. 

“Beratus-ratus, mungkin beribu-ribu, pelanggan Israel telah membatalkan langganan mereka ke Netflix dalam beberapa hari kebelakangan ini sebagai protes terhadap pemasaran filem Jordan, Farha, yang tidak mempunyai keseimbangan dan objektiviti dan mengabaikan dari sudut  pandangan Israel.

Sementara itu, The Intercept dalam laporan mereka menyebut, ramai masyarakat Israel yang tidak mahu Farha dilihat dalam apa jua keadaan. 

Namun percubaan untuk menghalang tayangan filem ini seolah-olah mencerminkan penafian yang tidak adil terhadap satu lagi hak asasi manusia kepada rakyat Palestin: keupayaan untuk memproses trauma mereka melalui seni. 

Daripada menyerang Israel secara tidak wajar, pencipta Farha telah mengatakan bahawa dorongan peribadi ini adalah teras mengapa filem itu dicipta melalui keupayaan untuk memproses trauma mereka (rakyat Palestin) melalui seni. 

Farha adalah kisah benar tentang pengalaman seorang gadis Palestin yang mengalami sendiri tragedi Nakba (sebahagian tanah air dirampas oleh Israel dan penghapusan puak Palestine di tanah air mereka) pada 1948.  - Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Semasa 9 bulan yang lalu

12 Sukarelawan Malaysia Sertai Misi GSF Ditahan Zionis

4

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Bebaskan Segera Rakyat Malaysia, GSF Ialah Misi Keamanan!’ - PM

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

4

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

5

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN