web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Farha' Di Netflix Jadi Sasaran Ancaman Israel, Berkempen Untuk Cuba Burukkan Filem Itu 

'Farha' menceritakan tragedi Nakba 1948 di mana sebahagian tanah air dirampas oleh Israel dan penghapusan puak Palestin di tanah air mereka.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 12:04PM

Gambar laman web IMDb dan TIFF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini ramai yang tertumpu kepada filem berjudul Farha yang menjadi filem Jordan pertama yang bakal masuk bertanding dalam Anugerah Academy 2023. 

Ditulis dan diarahkan pengarah Jordan, Darrin J. Salam, filem bergenre drama sejarah ini adalah sebuah kisah benar tentang pengalaman seorang gadis Palestin yang mengalami sendiri tragedi Nakba (sebahagian tanah air dirampas oleh Israel dan penghapusan puak Palestin di tanah air mereka) pada 1948. 

Filem ini mula ditayangkan di Fesival Filem Toronto pada 14 September 2021 dan kini ia telah ditayangkan di Netflix sejak 1 Disember lalu. 

Namun, tayangan filem itu di Netflix telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pihak Israel yang cuba berkempen untuk mengeluarkan Farha daripada ditayangkan di platform OTT tersebut. 

Namun, kempen itu gagal dan laporan terbaharu daripada Middle East Eye memberitahu Israel kini menggunakan akaun palsu untuk mengubah kedudukan rating Farha di Netflix. 

Rating Farha yang sebelum itu berada di kedudukan 7.2 telah merosot sehingga 5.8 dalam masa berapa jam dan beberapa ativitis mendakwa filem itu menjadi sasaran kempen pihak tertentu. 

Menurut aktivis lagi, beberapa ulasan negatif telah datang dari sumber yang sama, yang mengandungi komen yang sama, seperti memanggil filem itu 'berat sebelah' atau 'pembohongan besar.'

Bahkan, terdapat satu ulasan bertajuk 'propaganda dan fantasi’ dengan memberikan satu bintang dan menyebutnya sebagai 'drama yang terlalu emosional.'

Bekas wartawan Al Jazeera, Ahmed Shihab-Eldin berkata, ulasan negatif itu merupakan usaha terancang untuk tidak menggalakkan filem itu ditonton dan menghalang orang ramai daripada melihatnya.

"Terdapat penyelarasan yang terancang terhadap segala hantaran-hantaran yang dimuat naik itu.

"Setiap jam yang berlalu, berpuluh-puluh ulasan keji akan muncul, membuat tuduhan liar dan mengecam filem itu. Jelas sekali, mereka tidak melihat filem itu dan hanya mahu merosakkan reputasinya," katanya lagi kepada Middle East Eyes. 

Jelas Shihab-Eldin lagi, beberapa akaun yang memberikan ulasan negatif mengenai Farha ini juga baru saja diwujudkan. 

"Hampir 1,000 ulasan negatif tiba-tiba disiarkan di laman web itu dalam tempoh 24 jam, yang mengandungi penuh bahasa kebencian," katanya.

Sementara itu, Darrin J. Salam sewaktu ditemu bual berkata, dia tidak gentar untuk memberitahu sebuah kebenaran. 

“Kita harus menghasilkannya kerana filem akan terus hidup dan kita pula akan mati. Sebab itulah saya menghasilkan filem ini. 

“Bukan kerana saya berpolitik tetapi kerana kesetiaan saya terhadap kisah benar yang saya dengar ini,” katanya. 

Farha menceritakan tragedi Nakba 1948 serta memaparkan kisah sebuah keluarga remaja perempuan dibunuh oleh tentera Israel, termasuk seorang bayi. 

Filem ini dihasilkan berdasarkan kisah yang didengar Sallam sewaktu dia masih kanak-kanak mengenai gadis bernama Radiyyeh. – Getaran, 5 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 8 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Semasa 8 bulan yang lalu

12 Sukarelawan Malaysia Sertai Misi GSF Ditahan Zionis

4

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Bebaskan Segera Rakyat Malaysia, GSF Ialah Misi Keamanan!’ - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN