web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kampung People' Musim Ketiga Kembali Dengan Barisan Pelakon Asal, Lebih Sarat Dengan Gelagat Lucu 

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik COVID-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 2:00PM

Setelah sekian lama Kampung People Musim kedua melabuhkan tirainya, siri ini bakal kembali dengan musim yang ketiga - Gambar ihsan penerbit 'Kampung People'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada banyak sebab mengapa drama bersiri, 'Kampung People' menjadi kegemaran ramai. Aspek penceritaan, lakonan dan pengarahan yang disampaikan dengan begitu baik membuatkan peminat drama sentiasa ketagih menunggu setiap episod drama bersiri ini. 

Kegilaan peminat terhadap Kampung People telah mencetuskan 'Kampung People' Musim Kedua dan sambutan yang diberikan tetap sama dan peminat masih mahukan drama bersirinya ini untuk musim yang seterusnya. 

Nampaknya apa yang diharapkan itu akan menjadi kenyataan. Setelah sekian lama 'Kampung People' Musim kedua melabuhkan tirainya, ia bakal kembali dengan musim yang ketiga.  

Masih mengekalkan barisan pelakon asal, drama terbitan KL Motion Pictures yang diarahkan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini semakin sarat dengan gelagat lucu Razif sekeluarga dan geng orang kampung. 

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik COVID-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. 

Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar. 

Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. 

Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

Rashidi Ishak 
Rashidi Ishak 

Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. 

Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. 

Riena Diana 
Riena Diana 

Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Drama bersiri 13 episod ini dibarisi Rashidi Ishak (Razif), Elly Mazlein (Mona), Riena Diana (Laila) dan Kamarul Eqifshah (Imran/Yummy).

Ia akan ditayangkan di Slot Lestary, TV3 pada pada 18 November 2022, jam 9.30 malam dan episod seterusnya diteruskan pada 23 November 2022 setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my – Getaran, 17 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Projek Pembangunan Semula Bukan Untuk Syok Sendiri, Perlu Fikir Keselesaan Penghuni

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangan Politikkan Kenyataan Saya, Flat Daif Bukan Perkara Baharu  - Sultan Ibrahim

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rashidi Ishak Jadi Suami Buat Kali Kedua, Nikah Dengan Penerbit Drama Bersiri Kampung People 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Berpakaian Seksi Ketika Sambut Tahun Baharu, Netizen Tanya Adakah Ini Azam Baharu Riena Diana

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN