web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ini Sebab Kenapa Shila Amzah Dapat Nombor 1, Hazrul Nizam Dapat Nombor 2

Juri mempunyai alasan tersendiri kenapa memberikan markah yang lebih kepada Shila Amzah berbanding Hazrul Nizam sewaktu konsert suku akhir GV9.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 2:42PM

Hazrul Nizam - Gambar: Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh di media sosial apabila keputusan konsert Gegar Vaganza minggu kesembilan yang menobatkan Shila Amzah di tangga pertama dan Hazrul Nizam di tangga kedua dipertikan pihak netizen. 

Semuanya gara-gara netizen merasakan persembahan Hazrul yang menyampaikan lagu 'Writings On The Wall' lebih bagus berbanding Shila yang menyampaikan lagu 'Survivor'. 

Disebabkan itu, ada netizen yang menggelarkan juri sebagai pekak dan buta. Malah, ada juga yang membuat spekulasi bahawa Shila adalah anak emas Astro.

Getaran berkesempatan bertemu dengan barisan juri profesional sejurus tamat konsert minggu kesembilan bagi mendapatkan kepastian tentang pemarkahan pada minggu tersebut.

Menurut ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, Shila mendapat tempat pertama kerana lagu yang disampaikannya lebih sukar berbanding Hazrul.

Datuk Ramli MS
Datuk Ramli MS

“Dari segi kesusahan untuk menyampaikan lagu, saya rasa Shila menghadapi lebih banyak kesukaran. Kalau dilihat dari segi permarkahan, rasanya majoriti juri bersetuju. 

“Hazrul menyanyi okey, tetapi saya dengar dia ada banyak ‘off’. Saya mendengar melalui fon kepala. ‘Feel’ dia semua okey. Tetapi tenaga kerja yang diberikan Shila adalah lebih,” katanya.

Komen dari Datuk Ramli turut dipersetujui oleh seorang lagu juri iaitu Datuk Syafinaz Selamat yang merasakan Shila melakukan lebih banyak kerja di atas pentas.

Datuk Syafinaz Selamat
Datuk Syafinaz Selamat

“Shila lakukan banyak kerja di atas pentas. Seperti yang anda semua lihat, dia perlu menyanyi, menari dan menyampaikan emosi. Tetapi Hazrul membuat persembahan dengan bagus juga,” katanya. 

Pada malam konsert itu, Shila mendapat markah sebanyak 85.30 peratus berbanding Hazrul yang mendapat markah sebanyak 81.00 peratus.  Malang buat Asheed Def Geb C apabila dia menjadi mangsa penyingkiran disebabkan hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 58.00 peratus.  – Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mahu Menjaga Hati, Shila Amzah Tunggu Ibu Ubai Selesai Rawatan Kanser Untuk Umum Tarikh Kahwin

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...