web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perjuangan Anwar Ibrahim Melawan Rasuah Difilemkan, Farid Kamil Pegang Watak Tokoh Politik Itu 

Menurut Farid terlalu banyak sebab untuknya menerima tawaran filem ini, apatah lagi Anwar Ibrahim seorang tokoh politik yang terkenal di seluruh dunia. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 9:35AM

Salah satu babak di mana Anwar (lakonan Farid Kamil) ditahan pada 1998. - Gambar ihsan Bianglala Entertainment

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan rasuah telah diabadikan dalam sebuah filem layar lebar berjudul Anwar. 

Filem terbitan syarikat produksi Indonesia, Bianglala Entertainment ini diarahkan Viva Westi serta dijayakan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Piet Pagau serta Dewi Irawan. 

Mengulas tentang pemilihannya untuk memegang watak utama sebagai tokoh politik itu, Farid Kamil berkata, terlalu banyak sebab untuknya menerima tawaran filem ini. 

Acha Septriasa dan Farid Kamil dalam filem Anwar.
Acha Septriasa dan Farid Kamil dalam filem Anwar.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh hebat yang terkenal di seluruh dunia.  Saya tidak perlu fikir panjang untuk menerimanya. 

“Namun, cabaran untuk saya adalah beliau akan akan menontonnya bila filem ini siap.

“Cuba anda beri sebab kenapa saya perlu menolak? Ini adalah antara impian semua pelakon di Malaysia untuk melonjak lebih tinggi di rantau Asia seterusnya antarabangsa,” katanya. 

Filem Anwar kini sedang di peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton awal tahun depan.
Filem Anwar kini sedang di peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton awal tahun depan.

Farid juga memberitahu bahawa berlakon sebagai watak utama tokoh politik Malaysia untuk syarikat produksi Indonesia yang diarahkan Viva Westi adalah suatu pengalaman yang cukup menarik buat dirinya. 

“Viva Westi bersama pasukan produksinya antara yang terbaik di sini. Selain dapat bekerja dengan mereka, saya juga dapat bekerja dengan pelakon-pelakon hebat seperti Acha Septriasa,” katanya. 

Filem Anwar ini telah diusahakan sejak Ogos 2011 dan kini sedang di peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton awal tahun depan.

Berlatar belakangkan set masa dari tahun 1993 sehingga 1998, filem ini diolah daripada kisah benar dan alur ceritanya mengenai perjuangan Anwar Ibrahim melawan sebuah sistem yang korup.

Babak di mana Anwar (Farid) ditahan.
Babak di mana Anwar (Farid) ditahan.

Bahkan, filem mini ini turut memaparkan ketegasan Anwar Ibrahim menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari cukong-cukong besar. 

Juga bagaimana beliau enggan menggunakan wang rakyat untuk bailout (langkah penyelamatan) syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit.

Lantaran itu, beliau telah difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

Dari seorang Menteri Kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya merengkok di penjara. – Getaran, 9 November 2022 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN