web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Karpet Merah Anugerah Seri Angkasa 2022 Sepi Tanpa Artis, Ramai Hanya Bergaya Di Dewan

Apapun, Getaran telah memilih beberapa gambar artis-artis tempatan popular kita dengan busana menarik mereka sempena kehadiran di ASA 2022.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 9:09PM

Genervie Kam dan Hazama, Syafinaz Selamat serta Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz - Gambar Instagram Genervie Kam, Najmuddin Zaki dan Sharifah Shahora

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan sedikit bilangan artis yang menghadirkan diri di malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam tadi.

Sama ada yang hadir sebagai juri, calon peserta, penyampai trofi mahu pun yang membuat persembahan, kebanyakan mereka terdiri dalam kalangan artis popular baharu dan lama yang cukup berpengaruh. 

Namun, laluan karpet merah ASA 2022 nampaknya sepi tanpa kelibat wajah-wajah popular selebriti tempatan kita. Apa sudah jadi? Adakah selebriti kita sudah muak untuk memperagakan gaya dan penampilan mereka kepada lensa kamera jurugambar.  

Yang lebih teruja untuk mendapat perhatian lensa kamera jurugambar nampaknya dalam kalangan orang-orang di belakang tabir industri penyiaran mahupun industri kreatif. 

Yang tiada kena-mengena dengan industri ini pun tak mahu terlepas merasa untuk menjadi selebriti (feeling-feeling katanya). 

Apapun, Getaran telah memilih beberapa gambar artis-artis tempatan popular kita dengan busana menarik mereka sempena kehadiran di ASA 2022. 

 

Amir Masdi 

Gambar Instagram Amir Masdi
Gambar Instagram Amir Masdi

Nama rocker muda ini memang sedang meningkat naik dan banyak membuat persembahan di sana-sini. Bahkan, Amir tidak ketinggalan untuk memenuhi permintaan pihak penganjur untuk menjayakan segmen persembahan malam kemuncak  ASA 2022. 

Sebelum tampil naik di pentas, Amir telah melalui karpet merah dan mengenakan pakaian daripada pereka fesyen antarabangsa, Tommy Hilfiger. Walaupun ia tampak ringkas, namun sesuailah dengan usia dan imej rangginya itu.

 

Akim Ahmad dan Stacy Anam 

Gambar Instagram Akim Ahmad
Gambar Instagram Akim Ahmad

Pasangan suami isteri penyanyi yang cukup menjadi apabila menggubah lagu bersama. Akim dan Stacy hadir pada malam pertama ASA 2022. 

Mengenakan busana rekaan Daniel Zharif  dengan bantuan penata gaya Queen Namee dan solekan oleh Kasih Cicie, Akim turut beraksi membuat persembahan pada malam tersebut. Pasangan ini nampak cukup sepadan. 

 

Hazama dan Genervie Kam 

Gambar Instagram Genervie Kam
Gambar Instagram Genervie Kam

Tatkala beraksi di pentas malam kemuncak ASA 2022, isterinya, Genervie Kam pula mengiringi dengan petikan pianonya, 

Genervie Kam kelihatan feminin dan menawan dengan busana rekaan Shaiful Zali Hairee, manakala Hazama pula tetap dengan imej rangginya. 

 

Datuk Syafinaz Selamat

Gambar Instagram Najmuddin Zaki
Gambar Instagram Najmuddin Zaki

Pakailah apa sahaja, guru vokal yang juga penyanyi, Syafinaz Selamat sentiasa tampil anggun dalam apa jua acara. 

Busana merah rekaan Najmuddin Zaki menyerlahkan lagi persona dan karisma Syafinaz sebagai seorang selebriti yang berpengaruh dalam industri hiburan tanah air. 

 

Wany Hasrita 

Gambar Instagram Wany Hasrita
Gambar Instagram Wany Hasrita

Sesuai dengan warna tema hitam emas pada ASA 2022, penyanyi yang baru sahaja menikah dengan jejaka pilihannya ini nampaknya cukup menyerlah dengan busana hitam rekaan Altelia Amani. 

Wany hadir sebagai salah seorang penyampai anugerah untuk empat kategori pada malam kemuncak anugerah tersebut. 

 

Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz 

Gambar Instagram Sharifah Shahora
Gambar Instagram Sharifah Shahora

Pasangan ini suami isteri pelakon pengarah ini hadir di malam kemuncak ASA 2022 apabila drama terbitan syarikat produksi mereka tersenarai sebagai calon Top 5 ASA 2022.

Biarpun tidak memenangi sebarang anugerah, namun pasangan ini tetap nampak bahagian dan ceria mengenakan busana Najmuddin Zaki. – Getaran, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN