Berita Terkini

23 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Mana Lebih Seram - Hantu Malaysia VS Hantu Barat? Kenali Hantu-Hantu Ini Dalam Filem Tempatan

Seperti di negara barat, Malaysia juga memiliki pelbagai jenis hantu, malah ada yang benar-benar menyeramkan. Ada di antara hantu-hantu ini yang dipaparkan secara spesifik di dalam drama atau filem tempatan kita.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 8:03PM

Fazura dalam filem 'Dendam Pontianak' - Gambar ihsan Tiger Tiger Pictures

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan Oktober telah pun sampai ke penghujungnya dan ia dikatakan adalah kemuncak kepada perayaan Halloween yang disambut oleh penduduk negara barat. 

Kebiasaannya, perayaan ini akan disambut dengan menghiasi halaman rumah dengan pelbagai dekorasi seperti lilin, buah labu, tengkorak, skeleton, sarang labah-labah. 

Bahkan, setiap penduduk setempat pula akan mengenakan pelbagai kostum yang menyeramkan bagi meraikan perayaan ini. Antara yang popular adalah pakaian ahli sihir, hantu tengkorak, maleficent, hocus pocus, vampire, Freddie Krueger, Michael Myers, Chucky dan buah labu. 

Carian di Google mendapat bahawa kostum-kostum ini banyak dicari oleh penduduk barat di merata tempat sebagai persiapan Halloween. 

Namun, ada juga yang memilih untuk mengenakan kostum yang tiada kena mengena dengan elemen seram. Misalnya, kostum Batman, Spider-Man, Cowboy, Ahli Sorak, lanun, arnab, dinosaur dan malaikat. 

Seperti di negara barat, Malaysia juga memiliki pelbagai jenis hantu, malah ada yang benar-benar menyeramkan. Ada di antara hantu-hantu ini yang dipaparkan secara spesifik di dalam drama atau filem tempatan kita. 

 

Pontianak  

Sejenis hantu yang popular di Malaysia tetapi cukup menakutkan. Namun, ia sering digambarkan sebagai wanita cantik berambut panjang, berbaju putih dan akan keluar pada waktu bulan purnama.

Menurut mitos, asal-usul Pontianak adalah wanita yang mati sewaktu melahirkan anak pertama dan Pontianak selalunya akan membalas dendam terhadap mangsa yang pernah menganiaya dirinya. 

Filem Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2 arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba mengisahkan dendam seorang Pontianak terhadap kekasih lamanya yang menjelma ke dalam badan seorang wanita muda daripada generasi berbeza. Watak Pontianak telah dibawakan oleh Maya Karin. 

Beberapa filem lain tentang Pontianak pernah dihasilkan termasuklah Revenge of The Pontianak (Dendam Pontianak) pada 2019 dan Anak Pontianak (1958). 

Bahkan, filem Pontianak pertama telah dihasilkan pada tahun 1957 yang dibintangi seniwati Datuk Maria Menado. Ia berjaya menakkan nama Maria Menado sebagai ratu Pontianak dan dua filem kemudian menyusul iaitu Dendam Pontianak (1957) serta Sumpah Pontianak (1958).

 

Penanggal 

Hantu yang menyeramkan ini dikatakan wujud jika seseorang itu menuntut ilmu penanggalan yang mana ia dapat membantu mereka untuk mengekalkan kecantikan atau menewaskan musuh. 

Penanggal dikatakan menyukai darah perempuan yang bersalin dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Penanggal akan mencari mangsa dengan menceraikan kepada dengan mereka dan akan terbang dengan tali perut yang terburai. 

Pengarah filem, Ellie Suriaty telah memilih subjek hantu ini untuk menghasilkan filem arahannya yang pertama dengan tajuk yang sama iaitu Penanggal. Filem ini dibintangi Ummi Nazeera, Azri Iskandar dan Zul Ariffin.

 

Jerangkung

Jerangkung dikatakan sejenis makhluk halus yang kemungkinannya terdiri daripada golongan jin atau syaitan. Ia dipelihara sebagai saka bagi tujuan menganiaya orang lain. 

Disebabkan itu, selagi jerangkung ini dipelihara dan dijaga dengan baik. Ia akan mematuhi perintah tuannya. Sekiranya tidak, Jerangkung akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya. 

Sebuah filem bertajuk Jerangkung Dalam Almari arahan Shadan Hashim telah menampilkan hantu jerangkung yang mengganggu sebuah keluarga kerana dendam lama.

 

Saka Harimau atau Harimau Jadian 

Sejenis makhluk yang dipelihara seseorang bagi tujuan memelihara harta benda, keluarga dan dirinya daripada pihak musuh. 

Saka Harimau akan menyerang seseorang mereka yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila disuruh tuannya.

Ia juga perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu dan perlu diwariskan kepada seseorang pengganti sebelum tuannya mati sebagai saka.  

Di Negeri Sembilan pewaris Saka Rimau adalah seorang wanita bukannya lelaki kerana mereka mengikut Adat Pepatih.

Pengarah filem berkaliber iaitu Datuk Paduka Shuhaimi Baba telah mengangkat subjek Saka Rimau yang diwariskan kepada wanita dalam filem Waris Jari Hantu lakonan Maya Karin dan Rushdie Ramli. – Getaran, 31 Oktober 2022 

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 22 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran