Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Black Adam: Kisah Pahlawan Anti-Hero

Dwayne ‘The Rock’ Johnson akhirnya tampil dengan watak adiwira pertamanya dalam kisah pengembaraan aksi Black Adam yang bermula dengan kisah silam di bumi Kahndaq pada 2600 SM.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 12:00PM

Gambar oleh Rasfan Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dwayne ‘The Rock’ Johnson akhirnya tampil dengan watak adiwira pertamanya dalam kisah pengembaraan aksi Black Adam. Filem ini bermula dengan kisah silam di bumi Kahndaq pada 2600 SM.

Seperti biasa wilayah yang aman makmur mula menjadi kucar kacir apabila Raja Ahk-Ton yang zalim mengambil alih dan memperhambakan rakyatnya untuk melombong bahan mineral yang mempunyai kuasa ajaib yang dikenali sebagai Eternium.

Batu tersebut dikatakan mempunyai kuasa jahat dan Raja Ahk-Ton mempunyai rancangan untuk menjadikannya sebagai sebuah mahkota yang bernama Sabbac.

Justeru itu raja telah mengerahkan seluruh rakyatnya untuk melombong bagi mendapatkan batu tersebut. Seorang lelaki tua telah berjaya menjumpai batu Eternium dan kemudian diburu oleh hamba lain dengan harapan akan mendapat ganjaran daripada raja.

Seorang budak lelaki telah membantu lelaki tua itu dari dikejar dan menyerahkan batu Eternium kepada salah seorang askar raja. Lelaki tua itu cuba meminta habuan atas usahanya tetapi kemudiannya dibunuh oleh askar itu.

Menyedari akan hal tersebut bapa kepada budak lelaki yang membantu orang tua itu masuk campur dan menasihatkan agar jangan cuba melawan dan menjadi seorang hero.

Tetapi budak itu kemudiannya merampas batu Eternium daripada askar dan membawanya lari tetapi akhirnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati. Apabila dia hampir dihukum bunuh tiba-tiba dirinya lenyap dan dia muncul di hadapan Majlis Ahli Sihir.

 Majlis tersebut telah sepakat memilih budak itu sebagai juara dan memberinya kuasa Shazam. Walau bagaimanapun, legenda menyatakan bahawa juara itu kemudiannya mengamuk sewaktu berhadapan dengan Raja Ahk-Ton dan memusnahkan istananya sebelum dirinya sendiri lenyap tanpa dapat dikesan.

Kembali kepada era kini wilayah Kahndaq telah jatuh di bawah pemerintahan pasukan tentera upahan dikenali sebagai Intergang. Kumpulan Intergang kini sedang mencari seorang pelarian bernama Adrianna Tomaz.

Wanita ini merupakan seorang pejuang pembebasan Khandaq dan bersama kumpulannya dia telah pergi ke sebuah gua untuk mencari mahkota Sabbac. Setelah Adrianna berjaya mendapatkan mahkota tersebut kumpulan Intergang pula tiba di gua dan berjaya menawan serta  hendak membunuh adik lelakinya.

Di saat yang genting itu Adrianna mula membaca inskripsi di dalam gua dan seterusnya menyebut perkataan Shazam!. Tanpa diduga muncullah Teth-Adam untuk menyelamatkan keadaan. Teth-Adam telah membunuh kesemua anggota kumpulan Intergang di gua itu dan perbuatan tersebut telah menarik perhatian sebuah pertubuhan rahsia.

Menyedari akan kebangkitan Teth-Adam, Hawkman telah mengumpulkan pasukannya yang dikenali sebagai Justice Society of America terdiri daripada Cyclone – gadis yang boleh mengawal angin dan bunyi. Atom Smasher - mempunyai sut yang boleh membuatkan dia membesar dan Doctor Fate - pahlawan bertopi keledar yang memberinya kuasa sihir.

Kumpulan ini telah bergegas ke Khandaq untuk berhadapan dengan Teth-Adam. Hawkman cuba berunding dengan Teth-Adam agar menyerah diri tetapi Teth-Adam enggan tunduk. Maka berlakulah aksi pertarungan di antara mereka berdua.

Hawkman telah berhempas pulas untuk menewaskan Teth-Adam tetapi dia sukar untuk ditumpaskan. Doctor Fate juga turut membantu tetapi dia juga mengalami kesukaran untuk menewaskan Teth-Adam. 

Setelah itu tiba pula giliran Cyclone dan Atom Smasher dan seperti sebelumnya Teth-Adam masih tidak tewas. Adegan pergelutan ini sangat menarik kerana ianya dihasilkan dengan begitu kreatif dan penonton berasa seperti melayang-layang diudara. Ini kerana banyak adegan pertarungan dilakukan di udara kerana kesemua adiwira boleh terbang kecuali Atom Smasher.

Seterusnya pihak Intergang berjaya menculik anak lelaki kepada Adrianna dan kumpulan itu mahukan mahkota Sabbac sebagai ganti. Menyedari anaknya telah dijadikan tebusan, Adrianna telah menyatukan Teth-Adam dan Justice Society of America.

Mereka mula membuat perancangan untuk membebaskan anaknya. Ketika kumpulan Intergang berhadapan dengan Teth-Adam, ketua kumpulan itu telah mati dan kemudianya hidup semula kerana mendapat kuasa dari mahkota Sabbac. Kisah ini berakhir dengan kematian Dr Fate ditangan Sabbac dan kemudian Sabbac pula berjaya dibunuh oleh Teth-Adam.

Terdapat banyak twist plot dalam kisah ini dan kesemuanya digarap dengan begitu rapi. Setiap adegan pertarungan turut diselitkan dengan aksi jenaka samada melalui dialog mahupun muzik latarnya. Lakonan Dwayne ‘The Rock’ Johnson juga berkesan dan tidak berlebih-lebihan seperti dalam filem Fast and Furios.

Watak Hawkman lakonan Aldis Hodge juga sangat menarik dan aksinya bersama Teth-Adam merupakan nadi kepada filem ini. Pierce Brosnan yang tampil sebagai Dr Fate pula memberi satu keseimbangan kepada aksi diantara Teth-Adam dan Hawkman. Gerak tubuh, pandangan mata serta tutur katanya sungguh menawan dan penuh keajaiban.

Bagi yang ingin menonton filem ini jangan bangun dari tempat duduk. Tunggu sehingga penghujung kredit kerana Superman akan tiba untuk berhadapan dengan Black Adam!

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA). - Getaran, 30 Oktober 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 16 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 20 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN