web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas 8 Hari Ditayangkan Talbis Iblis Raih Kutipan RM2 Juta 

Berita yang menggembirakan itu telah dikongsi Penerbit Eksekutif Filem & Wakil Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai di Instagram.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 8:00AM

Gambar dari Instagram Gayatri Su-Lin Pillai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas lapan hari ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, filem Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia telah berjaya meraih kutipan RM2 juta. 

Berita yang menggembirakan itu telah dikongsi Penerbit Eksekutif Filem & Wakil Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya. 

“Terima kasih semua yang sudah menonton filem Talbis Iblis. Dah sampai hujung minggu, jom ke panggung,” kata Gayatri. 

Dalam sebuah hantaran yang berbeza, Gayatri telah berkongsi beberapa komen atau ulasan filem daripada beberapa selebriti tempatan termasuk Datuk Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramlie. 

Menerusi hantaran tersebut, Gayatri turut meletakkan kapsyen: “Saya suka melakukan perkara baharu. 

“Tapi selalu, kalau kita buat yang baharu, kita akan ambil risiko kerana ada orang yang faham atau tidak faham dan suka atau tidak suka. 

“Yang penting, kita kena berfikiran terbuka dan dapat lakukan banyak perkara baharu,” katanya. 

Filem Talbis Iblis terbitan Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia sejak 20 Oktober lalu. 

Sesuai dengan tajuknya, ‘Talbis Iblis’ mengangkat subjek tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri. 

Filem bergenre seram ini dibintangi  Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syahadah Nurjannah. 

Ini juga merupakan kemunculan semula di layar perak pelakon popular dan pemenang Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 17 menerusi filem seram thriller suspen, Trauma (2004) iaitu Nasha Aziz. 

Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek  di Far East Film Festival  Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. 

Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21. - Getaran, 29 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 12 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...