web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


A. Aida Tidak Layak Jadi Ahli Lembaga FINAS, Kenyataan Tidak Bijak Dan Rosakkan Industri Seni, CEO Awesome 

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berpendapat, FINAS wajar mengambil tindakan tegas terhadap A. Aida. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 12:00PM

A Aida - Gambar Instagram A Aida

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya ramai juga pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan penerbit drama dan filem, Datuk A. Aida tetap dengan pendiriannya apabila mengatakan paras rupa adalah elemen yang penting untuk menjadi seorang pelakon dan bukannya bakat. 

Bahkan, kenyataan yang dikeluarkan A. Aida itu telah dibidas oleh banyak pihak termasuk dari kalangan institusi pengajian tinggi, pihak produser mahupun pelakon-pelakon sendiri. 

Terbaharu, stesen penyiaran TV swasta percuma, Awesome TV telah mengeluarkan sekali lagi kenyataan dengan menegaskan bahawa bakat merupakan kriteria utama dan cukup penting dalam menentukan pembabitan mana-mana selebriti yang menjayakan sesebuah nashkah terbitannya. 

Faktor-faktor lain seperti berperwatakan menarik, berwajah cantik, tampan dan seumpamanya hadir sebagai aspek bonus kepada bakat yang ada pada mereka. 

Adam Ilyas - Gambar Awesome TV
Adam Ilyas - Gambar Awesome TV

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas berkata, sejujurnya pihaknya tidak bersetuju apabila apabila A.Aida mengatakan bahawa bakat tidak penting tetapi wajah yang cantik dan tampan adalah lebih utama dalam menentukan kejayaan sesebuah karya.

“Saya pasti ramai penggiat seni di luar sana bersetuju apabila kami menegaskan bahawa kenyataan seumpama ini tidak bijak dan merosakkan industri seni negara terutamanya dari seorang ahli Lembaga Pengarah FINAS.

“Dari hari pertama kami bersiaran pada Ogos 2020, kami tidak mengamalkan diskriminasi dalam menentukan pembabitan mana-mana anak seni dalam program terbitan kami. 

“Bakat sentiasa dijadikan faktor nombor satu yang kami tekankan dan kami juga sentiasa menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan pelakon tanah air seawal sesi pemilihan pelakon. 

“Kami juga memberi peluang sama rata kepada semua penggiat seni yang memainkan peranan di depan dan di belakang lensa kamera, merentasi setiap peringkat umur. 

Berbanding dengan memiliki wajah yang cantik dan tampan sahaja, kami lebih memberi fokus kepada bakat serta kualiti kandungan sesebuah program,” katanya. 

Jelas Adam lagi, secara konklusifnya, sesebuah karya perlu ada keseimbangan untuk menjadikannya hebat dan diterima ramai. 

“Bakat, strategi pemasaran, jalan cerita serta pengarahan yang baik adalah formula yang tepat untuk berjaya menarik tontonan masyarakat.

Sokongan rakan- rakan media yang sentiasa memberikan publisiti pada sesebuah program atau karya yang dihasilkan turut membantu dalam menentukan kejayaan produk tersebut. 

“Dalam hal ini, kami merasakan bahawa pihak FINAS perlu mengambil tindakan tegas terhadap A.Aida. Kenyataan A.Aida jelas menunjukkan beliau tidak layak berada di dalam FINAS, apatah lagi menggalas tanggungjawab sebesar ahli Lembaga Pengarah,” katanya. – Getaran, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...