web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Media Prima Raih Tiga Anugerah Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022

3 anugerah itu diraih menerusi program dokumentari Tinta Syurga (TV3), 999 ‘Jenayah Banjir’ (TV3) dan ‘My Dream, My Wish’ (8TV). 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 4:00PM

Gambar dari TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) mengungguli tiga anugerah pada peringkat nasional Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022 yang telah diumumkan baru-baru ini. 

Tiga anugerah itu diraih menerusi program dokumentari Tinta Syurga (TV3), 999 ‘Jenayah Banjir’ (TV3) dan ‘My Dream, My Wish’ (8TV). 

Dengan kemenangan yang diraih itu, ia melayakkan Rangkaian Televisyen Media Prima untuk bersaing dengan program-program dari lebih 10 buah negara Asia Pasifik pada malam Grand Awards and Gala Finals yang bakal diadakan pada 7 dan 8 Disember ini di Chimes Hall, Singapura.

Dokumentari istimewa Tinta Syurga adalah sebuah dokumentari menceritakan tentang misi menghasilkan mushaf (naskhah Al-quran bertulis tangan) untuk percetakan Al-Quran di Malaysia. 

Sebelum Al-Quran dicetak, kerja-kerja penyalinan Al-Quran dilakukan secara manual dengan tangan menulis di atas manuskrip bersaiz A1. 

Dicetuskan sempena Nuzul A-Quran, Tinta Syurga Quran diumumkan sebagai pemenang anugerah Asian Academy Creative Award 2022 di bawah kategori Best Documentary Programme (One-Off).

Bahkan, ia turut tercalon dalam kategori Goddess of Creativity Award. 

Program 999 yang berkisar tentang laporan jenayah, memenangi anugerah Best Current Affairs Programme or Series di Asian Academy Creative Award 2022. 

Menerusi episod ‘Jenayah Banjir’, 999 telah berjaya meraih perhatian ramai dengan paparan kejadian-kejadian jenayah yang berlaku ketika banjir besar melanda Taman Sri Muda, Shah Alam pada akhir tahun lalu. 

Beberapa premis telah dipecah masuk dan ada juga cubaan merompak mesin ATM sekali gus menyebabkan banyak kerosakan harta benda sekitar tempat kejadian.

Di sebalik kejadian bencana yang penuh tragedi itu ini juga pihak tidak bertanggung jawab cuba mengambil kesempatan atas mangsa-mangsa banjir dengan melarikan kereta yang terkandas dalam banjir di samping pelbagai kejadian lain yang berlaku ketika banjir teruk melanda di kawasan yang tidak dijangka ini.

Manakala, “My Dream, My Wish”, terbitan 8TV telah meraih anugerah Best Single Drama/Telemovie/Anthology Episode.

Telefilem ini mengisahkan tentang seorang graduan bernama Chang Yong yang menganggur ketika pandemik dan berazam untuk memenuhi hasrat terakhir bapanya dengan menceburi perniagaan membuat pau yang dimiliki keluarganya.

Sepanjang pengalaman dan perjalanan dengan mendiang ayahnya yang masih muncul dalam dunia realiti, Chang Yong belajar bagaimana untuk menjadi orang yang lebih bertanggungjawab dan mendekatkan diri dengan ibu dan kakaknya. 

Tahniah kepada krew Tinta Syurga (TV3), 999 ‘Jenayah Banjir’ (TV3) dan ‘My Dream, My Wish’ (8TV) yang berjaya mewakili Malaysia pada peringkat nasional Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022. – Getaran, 14 Oktober 2022


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN