Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pasangan popular Aiman dan Zahirah Kembali Dengan ‘Tiada Maaf Bagimu’

'Tiada Maaf Buatmu’ merupakan sebuah naskhah yang memberi gambaran 'kesan' kepada para penonton mengenai isu serangan seksual. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 9:00PM

'Tiada Maaf Buatmu’ ditayangkan secara eksklusif sejak 28 September lalu. - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan popular Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson sebagai watak utama selepas bergelar suami isteri lantas mengembalikan keterujaan para peminat dengan lakonan mereka dalam drama terbaharu ‘Tiada Maaf Bagimu’.

Selepas drama hit mereka dalam ‘Curi-Curi Cinta’ pasangan ini kembali membawa kisah percintaan persis office romance yang bakal menjadi kegemaran ramai.

Drama ini merupakan adaptasi novel berjudul 'Maaf Saya Tak Sengaja' karya Akira Dorayaki yang telah diterbitkan pada tahun 2016.

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Naskhah ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan penulisan skrip daripada Azira Wahab dan Intan Zairan Mohd Yasin.

Idora Abdul Rahman berkata: “ 'Tiada Maaf Buatmu’ merupakan sebuah naskah yang memberi gambaran side-effect kepada para penonton mengenai isu serangan seksual. 

“Ia bukanlah sesuatu isu yang ringan, malah ia menjadi satu cabaran buat kami untuk memaparkan dengan baik. Kami ingin menonjolkan masalah yang datang daripada isu ini, bukan sahaja masalah cinta lovey dovey atau putus cinta yang biasa dipaparkan dalam drama melayu. 

“Namun, pengambilan Aiman Hakim Ridza dan juga Zahirah MacWilson merupakan penyelesaian yang terbaik kerana mereka sangat profesional dan tidak mencampur-adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya. Dua-dua memang kompetitif dan sering melahirkan idea dan lakonan yang lebih realistik,” katanya.

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Penceritaan menerusi 24 episod ini mengisahkan Aina Cempaka seorang gadis yang mengalami kecelakaan sehingga ia merubah kehidupannya. Perbuatan abangnya yang tidak melangsaikan hutang pemilik kelab malam menjadikan Aina Cempaka mangsa keadaan.

Kejadian itu membuatkan kehidupan Aina Cempaka menjadi lebih malang apabila dia kehilangan ingatannya. Dia membawa diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu. 

Namun, takdir menemukan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal  kembali apabila dia mendapat kerja sebagai pembantu peribadi di syarikat Faiz Iqbal. Keberadaan Aina Cempaka di sisi Faiz Iqbal membuatkan kerja-kerjanya lebih teratur, menarik perhatian Faiz Iqbal yang menaruh hati padanya dalam diam. 

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Bibit-bibit percintaan mula berputik di antara mereka tanpa mengetahui sejarah hitam yang terjalin antara satu sama lain lima tahun lalu.

Sejak itu, kerja-kerja Faiz Iqbal menjadi semakin terurus, membuatkan dia lebih bersemangat untuk ke pejabat. Lama-kelamaan, Faiz Iqbal menaruh hati kepadanya kerana dia berasa selamat apabila Aina Cempaka menjaganya memandangkan Aina Cempaka mempunyai perwatakan yang lasak dan ada ilmu mempertahankan diri.

Siapakah Faiz Iqbal sebenarnya kepada Aina? Mampukah mereka bersama di sebalik sejarah hitam masing-masing? Nantikan jawapannya.

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Drama terbitan Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof ini Abdul ini didukung barisan pelakon yang berbakat seperti Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali dan Sofia Dendroff.

‘Tiada Maaf Buatmu’ ditayangkan secara eksklusif sejak 28 September lalu, pada setiap hari Isnin di slot MegaDrama, Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. – Getaran, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

2

Filem & TV 2 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 8 bulan yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 8 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran