web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siri Animasi Mechamato Raih Perhatian Peminat Antarabangsa

Siri penuh Mechamato musim pertama kini boleh ditonton di Netflix dalam enam bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Jepun, Korea, Mandarin dan Thailand selain tujuh sarikata seperti Tagalog dan bahasa Indonesia.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 2:05PM

Siri animasi ini yang bercirikan elemen-elemen nusantara dan global telah berjaya menambat hati penonton dari dalam dan luar negara - Gambar Netflix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri animasi tempatan popular Mechamato yang ditayangkan di platform penstriman video Netflix sejak 1 Oktober lepas meraih perhatian bukan sahaja penonton tempatan malah antarabangsa khususnya dari Jepun.

Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Monsta Faiz Zainal Aabidin berkata sambutan penonton dan peminat Mechamato dari negara matahari terbit itu amat baik apabila rata-rata mereka memuji dan memberikan reaksi serta pandangan positif dengan menggunakan tanda palang #メカアマトdi Twitter.

“Nyata sekali siri animasi ini yang bercirikan elemen-elemen nusantara dan global telah berjaya menambat hati penonton dari dalam dan luar negara.

“Jika dahulu kita semua disajikan dengan animasi-animasi dari Jepun yang dialihkan ke bahasa Melayu, kini tiba pula giliran animasi dari Malaysia yang dialih ke bahasa luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Faiz berkata menerusi animasi tempatan seperti Mechamato itu, kepelbagaian budaya, makanan serta tradisi di Malaysia dapat dipromosikan ke serata dunia.

Siri penuh Mechamato musim pertama kini boleh ditonton di Netflix dalam enam bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Jepun, Korea, Mandarin dan Thailand selain tujuh sarikata seperti Tagalog dan bahasa Indonesia.

Animasi itu turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan TV9 Malaysia pada setiap Isnin dan Selasa, 6 petang bermula semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...