Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rasuk: Percubaan Melahirkan Zombie Dalam Budaya Tempatan

Rasuk memiliki premis cerita yang menarik apabila punca kepada malapetaka bermula daripada sebuah botol yang telah disumpah.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2022 8:15PM

Filem Rasuk adalah hasil tangan pengarah James Lee. - Gambar dari GSC

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan kali pertama sebuah cerita Zombie menjadi subjek dalam filem-filem di Malaysia. Sebelum ini, Zombie Kampung Pisang pernah memperoleh RM2.4 juta diikuti beberapa naskhah selepas itu seperti Zombitopia, Balaban Hidup dan KL Zombie. 

Sudah tentu, pada 2022 ini, jika subjek Zombie diangkat ke layar perak, penonton pasti menginginkan kelainan serta plot yang lebih mendebarkan layaknya sebuah filem horror. 

Terbaharu, pengarah yang pernah memenangi beberapa anugerah, James Lee kembali dengan buah tangan terbaharu bertajuk, Rasuk iaitu sebuah filem Zombie dalam nuansa tempatan.

Filem ini lari daripada kebiasaan filem Zombie yang biasanya terjadi akibat jangkitan virus. Namun, Rasuk memiliki premis cerita yang menarik apabila punca kepada malapetaka bermula daripada sebuah botol yang telah disumpah. Jangkitan dimulakan dengan amalan ilmu hitam yang membuatkan mangsa dirasuk seterusnya menjadi Zombie.

Alif Satar
Alif Satar

Alif Satar membawakan watak seorang ustaz, hero kepada warga asrama di sebuah kolej yang terkena sumpahan. Namun ustaz yang ditampilkan di dalam filem ini berbeza dengan kebanyakan ustaz yang selalu ditampilkan di layar. Ia tidak beserban dan sedang mengalami fasa-fasa kecewa selepas kematian isteri dan anaknya. 

Cerita ini dimulakan dengan lima sekawan lakonan Ikmal Amry, Ayie Floor 88, Taufiq Hanafi, Abbas Mahmood, Syazwan Razak dan Atiq Azman. Mereka tidak pulang cuti semester dan tinggal di kolej pada malam kejadian yang mengerikan.

Namun begitu, tidak semua watak dikembangkan dengan berkesan. Ada beberapa watak dilihat sangat menonjol, manakala ada watak yang tidak berkembang dan tidak mengesankan. 

Menarik tentang cerita ini, Zombie yang ditampilkan tidak berjalan. Mereka lebih agresif, cergas dan benar-benar mewujudkan sebuah mood survival game sepanjang tayangan. 

Namun, alangkah baiknya sekiranya Zombie yang wujud di dalam filem ini mempunyai kelainan lain seperti ditampilkan sedikit lebih bijak atau panjang akal dengan strategi membuat penonton lebih geram dan tidak senang duduk. 

'Rasuk' mula ditayangkan hari ini.
'Rasuk' mula ditayangkan hari ini.

Biarpun Rasuk mempunyai latar dan asas cerita yang menarik, namun ia gagal memberikan sebuah momentum yang sepatutnya ada pada sebuah filem horror. Debarannya kurang apalagi terdapat beberapa plot yang hanya dilihat sekadar ada. Contohnya, penonton masih kurang jelas dari mana asal sumpahan ini. Ia terjadi tiba-tiba.

Bukan itu sahaja, act 3 filem ini tidak mempunyai pengakhiran yang kemas. Ia memiliki sebuah aura yang ingin cepat selesai. Bahkan satu-satunya babak letupan di dalam filem sedikit mengecewakan kerana ia boleh dilakukan dengan lebih baik.

Namun begitu ambience, tone dan sinematografi filem ini sangat mengena. Pujian wajar diberikan kepada pengarah.  Anda boleh menonton Rasuk yang mula ditayangkan hari ini.

Rating: 3 Getar

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 22 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran