Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Disney Dan Pixar Umumkan Barisan Filem, Siri Televisyen Sempena Raikan Perayaan 100 Tahun Walt Disney

Antara judul lain yang cukup dinantikan adalah filem ‘Mufasa : The Lion King’, ‘Snow White’, ‘The Little Mermaid’ dan ‘Haunted Mansion’ yang bakal menemui penonton di seluruh dunia, tidak lama lagi.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 6:00PM

Filem animasi 'Elemental' - Gambar ihsan Disney

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena meraikan perayaan 100 tahun Walt Disney,  Disney Studios, Walt Disney Animation dan Pixar tampil membuat pengumuman berhubung barisan filem dan siri televisyen (TV) dengan  kandungan menarik.

Pengumuman tersebut dibuat di D23 Expo: The Ultimate Fan Event di Pusat Konvensyen Anaheim, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Ekspo selama tiga hari itu, bermula dalam gaya Disney sebenar dengan melihat kembali detik-detik istimewa dalam sejarah studio tersohor tersebut dan persembahan menakjubkan Cynthia Erivo bagi lagu klasik Disney ‘When You Wish Upon a Star’ daripada versi aksi langsung baharu Disney ‘Pinocchio’, kini penstriman di Disney+ Hotstar.

Antara judul lain yang cukup dinantikan adalah filem Mufasa: The Lion King, Snow White, The Little Mermaid dan Haunted Mansion yang bakal menemui penonton di seluruh dunia, tidak lama lagi.

Hocus Pocus 2 yang menyatukan semula tiga bintang utama iaitu Bette Midler, Sarah Jessica Parker dan Kathy Najimy akan ditayangkan pada 30 September ini menerusi platform penstriman, Disney Plus.

Disenchanted merupakan sekuel dari film Enchanted yang tayang pada tahun 2007 akan dibintangi Amy Adams dan Patrick Dempsey, yang mengisahkan tentang Giselle dan Robert yang kini sudah memiliki anak. Disenchanted akan ditayangkan pada 24 November 2022 di Disney Plus.

Filem arahan Adam Shankman itu turut dibintangi Patrick Dempsey, Idina Menzel, James Marsden Maya Rudolph, Gabriella Baldacchino, Yvette Nicole Brown dan Jayma Mays.

Haunted Mansion pula ditayangkan di pawagam mulai 10 Mac tahun depan. Diarahkan Justin Simien, filem itu dibintangi Jamie Lee Curtis sebagai Madam Leota.

Disney turut berkongsi berkenaan filem terbaharu,  Peter Pan and Wendy yang akan ditayangkan di platform penstriman sama, tahun depan. Jude Law membawa watak Captain Hook sementara Alexander Molony (Peter) dan Ever Anderson (Wendy) dan Alyssa Wapanatahk (Tiger Lily).

Selain itu, Disney turut membuat pengumuman mengenai, filem animasi Mufasa: The Lion King arahan Barry Jenkins yang popular dengan filem Moonlight yang dijangka menjengah pawagam pada 2024.

Bagaimanapun, Disney tidak berkongsi maklumat terperinci mengenai filem Mufasa melainkan memaklumkan Billy Eichner dan Seth Rogen kembali menjayakan watak Timon dan Pumbaa.

Dalam pada itu, filem Snow White pula dijangka menjengah pawagam pada 2024. Filem itu dibintangi Rachel Zegler sebagai Snow White dan Gal Gadot sebagai Evil Queen.

Disney turut berkongsi sedikit sedutan eksklusif daripada filem lakonan Halle Bailey, The Little Mermaid arahan Rob Marshall yang  akan ditayangkan di pawagam pada 26 Mei tahun depan. Bailey yang memainkan watak utama sebagai Ariel dilihat sangat meyakinkan menerusi penyampaian lagu malar segar, 'Part of Your World'.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pixar, Pete Docter pula mengumumkan filem animasi Elemental akan ditayangkan tahun depan, disusuli ELIO dan Inside Out 2 pada 2024.

Elemental berkisar memgenai Ember iaitu gadis yang dihasilkan daripada elemen api dan Wade, pemuda dicipta daripada air. Ember dan Wade jatuh cinta serta cuba melengkapi antara satu sama lain biarpun agak mustahil untuk mereka bersama.

Filem tersebut dibintangi Leah Lewis sebagai Ember dan Mamoudou Athie yang melakonkan watak Wade dan akan ditayangkan mulai 16 Jun 2023.

Disney dan Pixar turut mengumum kehadiran filem  Elio yang memaparkan tentang kisah Elio, kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikirim daripada Bumi untuk berkenalan dengan entiti lain yang ada di alam semesta. Elio akan ditayangkan di pawagam pada tahun 2024.

Manakala filem Inside Out 2 pula, merupakan sekuel salah satu film Pixar yang paling digemari, Inside Out. Inside Out 2 mengisahkan Riley yang sudah remaja dan akan memperkenalkan emosi-emosi baharu lain-lainya. Tidak ketinggalan, siri original Win or Lose yang boleh ditonton menerusi Disney Plus.

Win or Lose arahan Carrie Hobson dan Michael Yates adalah kisah tentang sebuah pasukan bola sepak sekolah menengah yang sibuk membuat persiapan,  pada minggu sebelum perlawanan kejohanan mereka. 

Seterusnya, Iwaju, sebuah filem kolaborasi di antara Disney Animation dan studio animasi Afrika, Kugali, yang berlatar belakang kehidupan di Lagos, Nigeria. Filem ini yang berkonsepkan  kisah eksplorasi yang futuristik ini akan ditayangkan di Disney Plus, tahun 2023.

Selain itu, filem Strange World  pula berkisar mengenai keluarga Clades yang perlu berkompromi dengan perbezaan masing-masing dan  masing-masing memiliki perbezaan ketara. Filem yang meminjam suara Jake Gyllenhaal, Dennis Quaid dan Lucy Liu ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 23 November tahun ini.

Sementara itu, Filem Wish yang menerapkan falsafah Disney pada ulang tahunnya ke-100 di mana setiap mimpi boleh menjadi realiti, bakal ditayangkan, tahun hadapan.

Filem tersebut berlatarkan Kingdom of Wishes, iaitu lokasi ajaib di mana setiap permintaan boleh menjadi nyata selaras dengan falsafah yang  diterap Disney, sepertimana yang  diselitkan dalam semua filem dan siri TV terbitannya.

Filem Wish arahan Chris Buck dan Fawn Veerasunthorn, terbitan Peter Del Vecho dan Juan Pablo Reyes itu membawa kisah Asha lakonan Ariana DeBose, gadis berusia 17 tahun yang optimis dan cerdik. Asha melihat kegelapan dan mahu menjatuhkan bintang dari langit.

Sementara itu, Walt Disney Animation Studios mengumumkan beberapa projek baharu. Antaranya, Zootopia+, iaitu filem susulan dari siri pertamanya pada 2016 yang akan ditayangkan, November depan. – Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Wanita Berusia 100 Tahun Kongsi Kemeriahan Sambutan Krismas

2

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Ulasan Filem : ‘The Little Mermaid’ Tetap Menghiburkan Biarpun Watak Utama Berlainan Daripada Versi Animasi

3

TARA 1 tahun yang lalu

Kilauan Emas Puteri Disney Sempena Tahun Baharu Cina

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwa Disneyland Dibina Di Melaka, Jailani Memalukan, Perlu Dipecat

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Digelar Ratu Soundtrack, Adira Anggap Diri Bertuah 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Afdlin Shauki Harap Penyimbah Asid Faisal Halim Dapat Balasan Sama

Datuk Afdlin Shauki sempat bekerjasama dengan Faisal Halim dalam filem terbaru arahannya yang berjudul Harimau Malaya baru-baru ini.

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Adaptasi Memoir Seorang Guru, Kisah Seorang Guru Panas Baran

Kisah yang diadaptasi daripada novel karya penerima Anugerah Penulis S.E.A 1988, Azizi Abdullah.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 jam yang lalu

Aeril Zafrel Tak Pernah Terfikir Untuk Curang, Selalu Ingat Wajah Anak-Anak

oleh Helmi Anuar