web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dana Untuk Filem Berunsur Kenegaraan, Perpaduan Diwujudkan - Annuar

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 4:17PM

Annuar beramah mesra bersama Pengarah, Feroz Kadir dan sebahagian pelakon pada majlis pelancaran OST dan Treler Filem Seratus di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mewujudkan dana bagi membantu penerbitan filem tempatan berunsur kenegaraan dan mempunyai eleman perpaduan dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan OST dan trailer filem ‘Seratus’ di sini hari ini, Annuar berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan, untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tujuan tersebut.

“Saya sedang usahakan dan doakan seberapa cepat.

“Saya rasa penggiat industri filem perlu dibantu lebih lagi, bukan sekadar DKD (Dana Kandungan Digital) dan FIMI (Insentif Penerbitan Filem di Malaysia) sahaja, kerana kita mahu galakkan penerbitan pelbagai genre filem serta meraikan mereka yang mempunyai idea kreatif,” katanya.

Memahami kos penggambaran sesebuah filem adalah tinggi, Annuar berkata penggiat filem perlu dibantu dan disokong sejak dari proses awal penghasilan filem, bagi memastikan ia berkualiti dan setanding filem luar.

“Saya sedang cuba untuk melihat kemungkinan membuat suatu itu menjadi lebih fleksibel, jadi Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) boleh pilih filem yang patut diberikan sokongan (dana) khas ini,” katanya.

Selain dana, Annuar berkata faktor kejayaan penghasilan dan kualiti sebuah filem tempatan bergantung kepada lakonan, skrip dan strategi pemasaran.

“Saya percaya industri filem tempatan boleh diangkat ke tahap lebih baik, dengan syarat penerbit dan pihak terlibat mestilah bersedia melakukan sesuatu di luar dari kelaziman,” katanya.

Mengenai Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32 yang akan diadakan di Melaka pada 2 Dis ini, Annuar berkata festival tersebut setakat ini telah dapat menarik penyertaan daripada 17 syarikat penerbitan filem luar negara.

“Penyertaan ini sudah tentu dihadiri penerbit dan pengarah filem dari luar, jadi ini akan jadi ruang pertemuan antara mereka dengan penggiat industri filem tempatan, sekali gus mempromosikan filem tempatan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...