web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM10 Juta, Bukti Karya Filem Ini Diterima Penonton 

Filem arahan Syafiq Yusof itu telah berjaya meraih kutipan RM10 juta setakat jam 12 tengah hari ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 6:08PM

Filem ini mula ditayangkan di pawagam secara rasmi sejak 8 September lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem komedi aksi, Abang Long Fadil 3 yang mula ditayangkan di pawagam secara rasmi sejak 8 September lalu, telah berjaya meraih kutipan RM10 juta setakat jam 12 tengah hari ini. 

Wakil Penerbit Abang Long Fadil 3 dan merangkap Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, sambutan baik yang diberikan penonton membuktikan bahawa mereka masih meletakkan kepercayaan pada karya-karya tempatan dan sekali gus memperlihatkan industri filem Malaysia kembali meriah. 

“Syukur Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan filem Abang Long Fadil 3. Sebagai penerbit, tentunya keutamaan kami mempersembahkan naskhah yang dihasilkan ini mampu diterima serta memberi nilai hiburan kepada penonton. 

“Sejak ditayangkan, kami telah menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas menyaksikan Abang Long Fadil 3 dan kami amat berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini,” katanya. 

Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusod masih lagi diterajui Zizan sebagai watak utama. Turut membintangi filem ini adalah Johan, Maya Karin, Elizabeth Tan, Kazar dan Ozlyn.

Kali ini ia menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu King Cobra atas dendam dahulu. 

Sebelum ini, Syafiq telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta. 

Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gangster, manakala francais kedua mengetengahkan Fadil dalam dunia mafia dan naskhah terbaharu memaparkan Fadil dalam konsep spy. - Getaran, 12 September 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 20 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN