web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


U-Wei Jadi Ketua Juri Dokumentari Festival Filem Antarabangsa Moscow, Tapi Karya Malaysia Tiada Wakil  

Pengarah filem, U-Wei Haji Saari memberitahu banyak subjek menarik yang telah diangkat oleh pembikin filem luar negara pada pertandingan festival filem tersebut. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 8:13PM

U-Wei (kanan) ketika menyertai Festival Filem Antarabangsa Moscow. - Gambar dari Facebook Rozan Mat Rasip.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem tersohor, U-Wei Haji Saari memberitahu banyak subjek menarik yang diangkat pembikin filem luar sewaktu mereka menghantar karya untuk bertanding di Festival Filem Antarabangsa Moscow. 

“Wakil pembikin filem daripada Mexico, misalnya telah mengetengahkan suatu bandar yang telah terbenam disebabkan muntahan gunung berapi kira-kira lima tahun yang lalu. 

“Pembikin filem daripada Rusia pula menghantar karya mengenai keadaan sebuah gereja di utara Rusia yang telah terabai disebabkan cuacanya yang terlalu sejuk. 

“Manakala, pembikin filem Jepun pula mengangkat kisah seorang tokoh baseball yang dilupakan dan terlupa untuk disanjung. 

“Daripada karya-karya pencalonan yang diterima ini, kita dapati, ia banyak mengetengahkan kepelbagaian subjek yang cukup unik dan menarik. 

“Namun, tiada satu pun wakil daripada Malaysia yang menghantar penyertaan,” katanya ketika dihubungi Getaran. 

U-Wei dipilih sebagai ketua juri kategori dokumentari di Festival Filem Antarabangsa Moscow. - Gambar dari Facebook Rozan Mat Rasip.
U-Wei dipilih sebagai ketua juri kategori dokumentari di Festival Filem Antarabangsa Moscow. - Gambar dari Facebook Rozan Mat Rasip.

U-Wei baru pulang daripada Moscow dan dilantik sebagai ketua juri kategori dokumentari di Festival Filem Antarabangsa Moscow, di Moscow, Rusia baru-baru ini . 

“Saya baru sahaja pulang semalam dan berada di sana selama 14 hari dan saya ke sana tanpa ditemani sesiapa,” katanya. 

U-Wei juga mengakui sepanjang terlibat dengan penganjuran festival filem antarabangsa tersebut, dia telah berucap dan berkomunikasi di dalam bahasa Melayu. 

“Dulu waktu saya di sana untuk memberikan ucapan berkaitan dengan filem, saya berbahasa Melayu juga. Saya berbahasa Melayu kerana saya tidak pandai berbahasa Rusia,” katanya. 

Ditanya mengapa dia tidak berbahasa Inggeris sedangkan dia fasih menguasai bahasa tersebut, U-Wei berkata, dia lebih senang untuk menggunakan bahasa Melayu. 

U-Wei bagaimanapun memang dikenali sebagai seorang pembikin filem yang memiliki semangat jati diri Melayu yang kuat dan ia cukup terserlah di dalam karya-karya filemnya mahupun kehidupan sehariannya. - Getaran, 6 September 2022



 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN