web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-9 Dibarisi Penyanyi 'Power Vocals' ? 

Sejak melancarkan ‘teaser’ mengenai program ini beberapa hari lalu, ramai netizen sudah mula berteka-teki siapakah barisan penyanyi yang terpilih untuk Gegar Vaganza musim kesembilan tahun ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 2:12PM

Gegar Vaganza musim ke-9 bakal menemui peminat tidak lama lagi. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Debaran siapakah barisan penyanyi yang akan menyertai program nyanyian nombor satu di Malaysia iaitu Gegar Vaganza musim kesembilan kian terasa selepas ‘teaser’ mengenai program itu telah dilancarkan oleh Astro.

Ramai netizen dan peminat program ini sudah mula meneka nama-nama penyanyi yang dirasakan bakal menjadi peserta tahun ini. 

Menurut sumber-sumber terdekat, peserta pada tahun ini terdiri dari mereka yang mempunyai vokal yang hebat serta pernah bergelar juara untuk pertandingan yang lain.

Khabarnya lagi, persaingan tahun ini bakal menjadi sengit dan ada beberapa peserta yang bakal mengejutkan para peminat program sensasi ini. 

Gegar Vaganza yang memulakan debutnya pada 2014 telah mencetuskan fenomena yang luar biasa apabila menghimpunkan kembali penyanyi-penyanyi yang sudah lama tidak aktif di persada seni untuk kembali menonjolkan bakat nyanyian mereka. 

Antara peserta yang kembali menyerlah selepas menyertai Gegar Vaganza ialah Siti Nordiana, Elly Mazlein, Aishah, Aliff Aziz, Naqiu, Zarul Umbrella, Nikki Palikat dan ramai lagi.

Alif Aziz, merupakan pemenang Gegar Veganza musim kelapan. - Gambar dari Instagram
Alif Aziz, merupakan pemenang Gegar Veganza musim kelapan. - Gambar dari Instagram

Malam ini segala-galanya bakal terjawab siapakah yang bakal menjadi peserta Gegar Vaganza musim kesembilan dalam sebuah sesi sidang media memperkenalkan bintang-bintang Gegar Vaganza. Dan siapakah pula yang akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara dan juri tetap untuk tahun ini? Sama-sama kita nantikan. – Getaran, 6 September 2022.




 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN