Berita Terkini

15 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Viu Malaysia Jayakan Kempen 'Lokal Lah', Papar Seleksi Drama Bersiri Original Menarik Pelbagai Genre 

Ganjil, Black, She Was Pretty, Jibral dan Ai.5sya adalah antara drama bersiri yang dipaparkan di dalam kempen Lokal Lah ini sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 12:00PM

Seleksi drama siri Viu Original Malaysia pelbagai genre ini menampilkan bakat-bakat Malaysia seperti Remy Ishak, Tiara Jacquelina, Julia Farhana dan ramai lagi. - Gambar ihsan Viu Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi meraikan kempen untuk menyokong produk dan kandungan tempatan iaitu Lokal Lah, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Viu Malaysia telah mengambil insitiaf untuk menayangkan seleksi drama siri Viu Original Malaysia di platform tersebut sehingga 19 September ini. 

Seleksi drama siri Viu Original Malaysia yang pelbagai genre ini menampilkan bakat-bakat Malaysia seperti Remy Ishak, Tiara Jacquelina, Julia Farhana, Tony Eusoff, Aqasha, Douglas Lim, Nabila Huda, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Marsha Milan dan ramai lagi.


Isteri Misteri

Sebuah rumahtangga di Kuala Lumpur hancur apabila Rizal, seorang yang mengamalkan poligami menerima ramalan seorang dukun bahawa seorang isterinya akan membunuhnya. Tetapi, yang mana satu?

Menampilkan lakonan Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah dan Azira Shafinaz, drama lucu ini pasti mencuit hati ramai!  Tonton di sini.

 

Keluarga Baha Don 

Pemenang Anugerah Asian Academy Creative Awards 2019 bagi Persembahan Komedi Terbaik, Keluarga Baha Don mengisahkan kehidupan keluarga mafia yang kehilangan ketuanya. “Bisnes keluarga” tersebut diambil alih Jo Don, yang sebelumnya bekerja  sebagai chef di Perancis.

Berlangsung selama tiga musim dengan jumlah 30 episod, komedi oleh Viu Original ini menampilkan bakat-bakat teratas di Malaysia seperti Remy Ishak, Khir Rahman, Susan Lankester, Amy Mastura dan Puan Sri Tiara Jacquelina. Tonton di sini.

 

Salon

Drama arahan Kabir Bhatia ini merupakan pemenang Anugerah Asian Academy Creative Awards 2019 untuk Arahan Terbaik di Malaysia dan juga Drama Original Terbaik oleh OTT bagi Peringkat Nasional.

Ia mengisahkan Anna yang membuka salon baharu di bandar yang menjadi buah mulut orang ramai. Akan tetapi, Anna mempunyai masa silam yang gelap dan sedang berusaha mencari pembunuh keluarganya - dan tidak takut untuk mengambil tindakan sendiri untuk mencari kebenaran.

Drama sera mini dijayakan Julia Farhana, Josiah Hogan, Idris Khan dan Iman Corinne Adrienne. Tonton di sini.

 

Jibril

Mengisahkan seorang peguam yang ditarik ke dalam konspirasi besar apabila dilawat Kapten John mengenai kematian seorang saintis kecerdasan buatan (artificial intelligence). Kedua-dua watak utama ini bekerjasama mengejar organisasi Zerkala yang sedang menyasarkan syarikat-syarikat teknologi, dengan kepercayaan teknologi berupaya menindas golongan marhaen.

Diarahkan Megat Sharizal, drama ini dibintangi Aeril Zafrel, Tony Eusoff, Lisa Surihani dan Sangeeta Krishnasamy. Tonton di sini.

 

Devoted

Drama seorang ibu yang kehilangan suami dan anaknya, Devoted mengisahkan Eva dengan hidupnya yangitunggang terbalik. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa kedua suami dan anaknya telah mmenyertai  sebuah  organisasi yang mempunyai misi untuk menjatuhkan kerajaan  Malaysia.

Drama Viu Original ini diarahkan Tony Pietra Arjuna dan menampilkan lakonan Sharnaaz Ahmad, Iman Corinne Adrienne, Aqasha, Faizal Hussein dan Gen Darwish. Tonton di sini.

 

Kopitiam: Double Shot

Mengisahkan sebuah kopitiam yang telah dijual kepada Steven (Douglas Lim) yang kini ingin menjual perniagaannya, beberapa pelanggan tetapnya menyuarakan hajat hendak membeli kopitiam tersebut.

Alia, bersama kawan rapatnya Seleb bersama geng baharu mereka menghidupkan kembali kopitiam tersebut dengan kisah-kisah lucu zaman kini. Komedi ini mengingatkan semula rakyat Malaysia kepada siri asalnya pada tahun-tahun lalu ini dibintangi Douglas Lim, Sharifah Amani, Melissa Campbell, Harvinth Skin, Charles Roberts dan Rashid Salleh. Tonton di sini.

 

The Bridge

Drama Viu The Bridge Musim 1 Original lakonan Bront Palarae dan Rebecca Lim ini adalah pemenang anugerah Drama Bersiri Terbaik Peringkat Nasional dan Adaptasi Terbaik Peringkat Nasional di Asian Academy Creative Awards tahun 2019.

Apabila mayat ditemui di Jambatan Tuas di antara Malaysia dan Singapura, detektif Megat Jamil dari Malaysia perlu bekerjasama dengan detektif Singapura Serena Teo untuk menyelesaikan kes tersebut.

Sementara itu, The Bridge Musim 2 dengan tambahan lakonan oleh Miller Khan pula mengisahkan kapal mewah di Singapura yang terdampar di pantai Johor, dengan mayat-mayat sekeluarga dari Indonesia.

Musim 2 drama Viu Original ini telah memenangi pelbagai anugerah di Asian Academy Creative Awards pada tahun 2020. Tonton di sini.

 

Black

Drama fantasi percintaan ini mengisahkan bunian bernama Black dengan misi mencari pelarian di dunia manusia. Black merasuk mayat seorang anggota polis yang telah mati, Malik, dengan tujuan menyiasat dunia manusia. Sewaktu menyiasat pula, Black telah mula jatuh cinta dengan Sofia, wanita yang berkuasa melihat hantu dan masa depan.

Adaptasi drama Korea sepanjang dua musim ini mengetengahkan lakonan Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman, Zoey Rahman, Azman Hassan, Rashidi Ishak dan Juzzthin. Kedua-dua musim drama Viu Original ini merupakan pemenang Asian Academy Creative Awards pada tahun 2020 dan 2021.Tonton di sini.

 

Ganjil

Drama Viu Original Ganjil yang dikeluarkan tahun lepas menampilkan lakonan Diana Danielle, Fattah Amin, Izzue Islam dan Fatin Afeefa. Diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim, Ganjil menceritakan Amry, seorang jurutera IT dan Nabila, seorang pempengaruh media, yang bertemu di alam mimpi.

Setelah sekian lama berkawan di alam mimpi memikirkan satu sama lain hanyalah bahan imaginasi, mereka mula terfikir jika boleh bertemu secara hidup. Akan tetapi, adakah Amry dan Nabila boleh mengatasi trauma masing-masing supaya boleh bertemu? Tonton di sini.

 

Seribu Nina

Mengisahkan satu pasangan yang berbeza personaliti : Amar, seorang pensyarah muda yang teliti dan skema, manakala Nina, teman wanitanya yang bekerja sebagai barista kafe tempatan pula bersikap spontan.

Ketika Amar dalam dilema setelah dilamar Nina, satu peristiwa tidak dijangka berlaku. Nina yang menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar telah diculik. Pada masa yang sama, Nina juga sedang diburu oleh Didi, seorang pemburu upahan dari dimensi lain.

Drama Viu Original yang  menggambarkan perjalanan epik penemuandiri dan hubungan di alam yang penuh dengan kebarangkalian  menampilkan lakonan Syafiq Kyle, Adriana Adnan dan Marsha Milan. Tonton di sini.

 

She Was Pretty

Sebuah drama komedi romantik, She Was Pretty menceritakan kisah dua orang sahabat lama, Nadia dan Haniff, yang bertemu semula setelah menjalani perubahan besar dari segi nasib hidup dan penampilan diri mereka, di mana penceritaannya adalah berlatarbelakangkan majalah fesyen.

Diadaptasikan dari drama Korea dengan nama yang sama, drama Viu Original arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini menampilkan lakonan Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Daniella Sya dan Alvin Chong. Tonton di sini.

 

AI.5YA

Sebuah drama bersiri Viu Original ketiga tahun 2022, Ai.5Sya  mengisahkan tentang Jehan yang mengendalikan satu saluran komedi atas talian yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas. Sebagai ganti, Dato’ Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian seorang android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran.

Walau bagaimanapun, satu kekeliruan telah mengakibatkan Jehan menerima AI.5YA, sebuah robot peneman. Akan tetapi, apabila video-video Jehan bersama AI.5YA menjadi viral, beliau terpaksa merahsiakan identiti sebenar AI.5YA daripada peminat dan saingan, termasuklah Maya, saingan terdekatnya.

AI.5YA adalah hasil karya Dato’ Afdlin Shauki, yang juga memainkan peranan sebagai pengarah dan pelakon tambahan di dalam siri ini. Ia juga merupakan menampilkan lakonan Zizan Razak, Mia Sara Shauki, Ozlynn Wati, Elly Arifin dan ramai lagi. Tonton di sini.

Bagi pelanggan baharu platform OTT terkemuka ini, Viu Malaysia kini menawarkan langganan selama 12 bulan dengan harga RM65 sahaja menerusi kempen Lokal Lah, berbanding harga asal RM99.90. Promosi ini berlangsung sekarang hingga 19 September.

Saksikanlah drama-drama Viu Original buatan Malaysia ini melalui aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma dari Apple App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan televisyen pintar terpilih serta laman Viu di www.viu.com. – Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Sering Menjengkelkan Penumpang Lain. Netizen Dakwa 'Lelaki Misteri' Ada Kisah Menyedihkan

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

“Kita Pentingkan Bahasa Melayu Sepenuhnya” – Afdlin Shauki, Drama ‘AI.5YA’ Gabung Komedi, Sci-fi

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Akui Masih Solo, Zizan Razak Teringin Bercinta Selepas Kahwin

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Menangi Percutian Ke Korea Selatan Bersama Pelakon 'She Was Pretty' Malaysia

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 18 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 14 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 6 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran