Berita Terkini

17 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Akui Masih Solo, Zizan Razak Teringin Bercinta Selepas Kahwin

Selalu dihimpit dengan pertanyaan mengenai wanita, Zizan terus-terang mengakui masih tiada sesiapa yang menghuni hati kecilnya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 12:39PM

Zizan Razak di majlis sidang media pelancaran siri 'AI.5YA' - Gambar Instagram Zizan Razak

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak dan usahawan Zizan Razak tidak berasa kecil hati melihat satu demi satu kenalan selebritinya mengakhiri zaman solo. 

Bukan tidak mahu mendirikan rumah tangga, namun jejaka asal Terengganu itu mengakui belum lagi bertemu dengan gadis yang berjaya menawan hatinya. 

Sudah lebih sedekad berada dalam industri hiburan, beliau mengakui sudah lali berdepan dengan pelbagai spekulasi termasuk gosip cinta. Kini, Zizan mengakui kontroversi yang pernah memukulnya telah banyak mematangkannya sebagai manusia.

“Ada perkara yang kita lakukan sering disalah erti. Kadangkala sesebuah kontroversi dicipta dan direka. Itu semua bukan permintaan saya. Namun lumrah menjadi artis, inilah antara perkara yang perlu saya hadapi. 

“Kadangkala ada artis yang tak bersetuju jika soalan-soalan kontroversi diajukan kepada mereka. Kitalah yang kena tahu cara sebaiknya untuk menjawab soalan itu menggunakan budi bahasa dan adab. Dengan cara ini, masalah besar pun boleh diselesaikan,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media pelancaran siri 'AI.5YA'.

Selalu dihimpit dengan pertanyaan mengenai wanita, Zizan terus-terang mengakui masih tiada sesiapa yang menghuni hati kecilnya. 

Kini, jejaka itu hanya memberi fokus kepada perniagaan dan berharap jika jodohnya tiada di suatu masa nanti, dia akan terus ke jinjang pelamin dan bercinta selepas nikah.

“Selepas banyak spekulasi yang melanda, kini saya lebih tenang. Jika belum ada rezeki jodoh, saya hargai apa yang saya ada. 

“Saya kalau boleh nak tiba-tiba kahwin dan kita bercinta selepas kahwin. Siapa yang tak mahu berkahwin, saya pun teringin bila tengok kawan-kawan sudah ada anak dan isteri,”katanya yang sedang siap sedia membuka hatinya kepada mana-mana wanita.

Terkini, Zizan bakal membintangi sebuah drama bersiri sci-fi komedi dalam siri 'AI.5YA'. Mengisahkan tentang Jehan yang mengendalikan satu saluran komedi atas talian yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas.

Sebagai ganti, Datuk Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian seorang android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran. Walau bagaimanapun, satu kekeliruan telah mengakibatkan Jehan menerima AI.5YA, sebuah robot peneman. 

Akan tetapi, apabila video-video Jehan bersama AI.5YA menjadi viral, beliau terpaksa merahsiakan identiti sebenar AI.5YA daripada peminat dan saingan, termasuklah Maya, saingan terdekatnya dan adiknya, Jasmine. 

Drama tersebut sudah ditayangkan menerusi platform Viu, bermula 18 Ogos lalu. Turut sama menjayakan drama tersebut ialah Mia Sara, Datuk Afdlin Shauki dan Ozlynn Waty. - Getaran, 22 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

‘Kami Sudah Berkali-Kali Hubungi PH Tapi…’, MUDA ‘Realistik’ Tak Tanding Semua Kerusi

2

Politik 9 bulan yang lalu

MUDA Bergerak Solo Di 6 PRN, ‘Kami Tidak Mahu Seperti Sekarang…’

3

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Andmesh Kamaleng Turun Padang Di Kuala Lumpur, Promosikan Konsert Solonya 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 16 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran