Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Astro Tayang 150 Program Sempena Kempen Gemilang Merdeka Dan Hari Malaysia

150 program itu meliputi genre hiburan, variasi, drama, fakta, filem, telefilem, filem pendek dan kanak-kanak.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 12:20PM

AFundi Piring Bulat mengisahkan seorang kanak-kanak cuba memujuk bapanya melanggan Astro kerana mahu menonton Akademi Fantasia. - Gambar ihsan Astro

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Astro meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini dengan memaparkan kisah dan hiburan Malaysia terhebat dengan lebih 150 program kegemaran yang terdiri daripada genre hiburan, variasi, drama, fakta, filem, telefilem, filem pendek dan kanak-kanak di Gemilang Saluran 100 menerusi TV, On Demand dan Astro GO. 

Ia juga sebagai suatu usaha menjadi suara untuk kebaikan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam membina negara kita menerusi kempen Gemilang Bersama.

Saluran ini adalah percuma untuk semua pelanggan Astro bermula 21 Ogos sehingga 18 September.

Program Chit Chat Ceria 

31 Ogos, 9.00 malam 

Ulang tayang: 7, 9 dan 14 September

Sebuah program bual bicara yang melibatkan kanak-kanak. Dikendalikan Alif Satar dan Sissi Iman sebagai hos bersama, Chit Chat Ceria ini akan menyelami bagaimana kanak-kanak melihat Malaysia dari sudut pandangan perspektif mereka. 

Selain wawancara bersama golongan kanak-kanak ini, program Chit Chat Ceria ini turut dimeriahkan dengan permainan dan cabaran serta apa sahaja laporan berkaitan dunia kanak-kanak. 

Program bual bicara ini turut dimeriahkan dengan tetamu undangan Datuk Aznil Haji Nawawi and Michael Ang

The Batik Girl (Filem Pendek Kanak-Kanak)

31 Ogos, 9.45 malam. 

Seorang gadis yang baru sahaja menjadi yatim piatu bergelut untuk menyesuaikan diri selepas terpaksa menetap bersama neneknya. 

Lukisannya tentang seorang gadis tiba-tiba menjadi hidup dalam dunia lukisan batik yang nyata dan dari situ, dia belajar bagaimana untuk menguasai ketakutan serta memulakan penghidupan baharu. 

Telemovie PT6210 

31 Ogos, 10.00 malam 

Pada tahun 1970, pada saat  jurang perkauman berada di kemuncak, seorang pemuda Melayu mendapati dirinya perlu pulang ke kampungnya di Kedah untuk melihat bapanya yang sedang nazak. 

Hanya ada satu cara yang boleh membawanya ke sana iaitu menaiki sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki Cina pertengahan usia.

Dibintangi Anuar Kin Wag, Fimie Don, Mahmud Ali Basha, Margaret Gan dan Kalpana Shree 


Dokumentari The Conservationist

1, 8 dan 15 September (3 episod), 9.00 malam 

Hutan hujan Malaysia adalah habitat kepada banyak spesis berharga dan jarang ditemui namun sejauh mana anda mengenalinya?

Eksploitasi hutan akibat ketamakan manusia telah membawa kepada kepupusan mereka, hingga menafikan peluang anak-anak dan cucu-cucu kita untuk melihat spesies terancam ini.

Terdapat sekumpulan orang di Malaysia yang berjuang untuk menyelamatkan hidupan liar, demi hak mereka untuk hidup dan memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan ekosistem.

The Conservationist membawa anda ke dalam hutan dan laut bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan harian spesis terancam ini serta mendokumentasikan persahabatan antara manusia dengan hidupan liar.

Otrumaiye Balam - Merdeka Anthology

2 September, 12 tengahari 

Siri filem pendek antologi yang mengandungi enam cerita menarik yang berlaku dari tahun 1950 hingga 2020 dengan tema menyeluruh iaitu "Stronger Together" sempena sambutan Merdeka.

Dokumentari Malaysia In Their Eyes 

2, 9 dan 13 September (3 episod), 9.30 malam

Dikendalikan penyampai popular Jentzen Lim dan Darren Chong, dokumentari ini memaparkan keindahan negara kita menerusi mata lapan penduduk asing yang berkongsi kisah kehidupan mereka di Malaysia dan mengapa mereka memilih Malaysia sebagai rumah baharu mereka.

Ia juga mengingatkan kita mengenai kekayaan budaya dan kehidupan rakyat Malaysia.

The Dalang’s Tale (Filem Pendek Kanak-Kanak)

6 September, 9:30pm

Dua cerita saling berkaitan: satu cerita tentang seorang bapa yang gila bekerja dan tidak mempunyai kesabaran terhadap anak lelakinya ketika mereka dalam perjalanan untuk meyaksikan persembahan wayang kulit.

Manakala satu lagi mengenai seorang lelaki yang sentiasa mengamuk dengan anak lelakinya namun secara diam-diam melakukan penderaan terhadap isterinya, sebelum dia menghilangkan diri selepas insiden ganas itu.

Telemovie Rail Payanangal 

8 September, 12 tengahari 

Sweetha, seorang ahli fisioterapi muda telah jatuh cinta dengan rakan lamanya, Vijay yang telah pun komited kepada Risha. Walaupun semua itu berlaku, ibu Sweeta telah menemui calon pengantin lelaki yang sesuai untuknya. Adakah Sweeta akan memilih untuk berkahwin dengan Vijay?

Telemovie AFundi Piring Bulat 

10 September, 9.00 malam 

Pada 1996, Haikal Chong Ramlee, anak kepada Muhammad Ramlee dan Chong Mee Lan, telah terpikat dengan hiburan yang ditawarkan Astro.

Dia kemudiannya memulakan misi untuk meyakinkan ibu bapanya memasang Astro di rumah. Tetapi, usahanya tidak berjaya dan dia terpaksa mencari cara lain untuk menonton rancangan nombor 1, Akademi Fantasia.

Kuihpocalypse (Filem Pendek Kanak-Kanak)

13 September, 9.00 malam

Apabila sebuah kedai roti baharu menjadi lebih popular daripada kedai ibunya, Jamiatul bersaing dengan gadis baru Sarah untuk menghasilkan kuih yang lebih hebat, dalam usaha memenangi semula pelanggan.

Telemovie Satu Tong 

16 September, 10.00 malam 

Satu Tong, komedi yang dibintangi Andy Teh, Elizabeth Tan dan Shah Iskandar mengisahkan masalah yang sering dialami rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air.

Komedi ‘feel good’ ini mengingatkan kita akan keikhlasan dan sikap saling bantu-membantu di kalangan rakyat.

Kampunglympics

16 September, 9.00 malam 

Selebriti dan influencer Malaysia bertarung dalam siri permainan tradisional kanak-kanak, yang berlatar belakang Kampung Merdeka.

Telemovie Damak Si Kuba 

17 September, 9.00 malam 

Seorang anak lelaki kepada gembala kerbau yang kehilangan ibunya akibat kanser, melalui saat-saat yang sukar apabila terpaksa berpisah dengan kerbau kesayangannya demi membantu menyara keluarganya. Dia cuba mencari pelbagai cara supaya bapanya tidak menjual kerbau kesayangannya.

Dibintangi: Zizan Razah, Danish dan Bienda. 

Saksikan juga pelbagai program lain serta filem-filem kesayangan rakyat Malaysia termasuk Ola Bola, Hantu Kak Limah, The Journey, The Garden of Evening Mists, Paskal, Polis Evo 1 & 2, The Kid from The Big Apple, P. Ramlee Movies, Boboiboy The Movie 2 dan banyak lagi. – Getaran, 31 Ogos 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'