web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


''Johan Jangan Kecil Hati Tak Pergi Jakarta, Nanti Kami Bawa Pergi Umrah'' - Penerbit Mat Kilau 

Penerbit, Abdul Rahman Mt Dali menafikan bahawa pelakon Johan As’ari digugurkan dalam senarai tayangan Malam Gala Mat Kilau di Jakarta malam ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 4:14PM

Johan As'ari - Gambar dari media sosial

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit Mat Kilau, Abdul Rahman Mt Dali meminta supaya pelakon Johan As'ari agar tidak berkecil hati apabila namanya tidak tersenarai untuk ke tayangan Malam Gala filem Mat Kilau di Jakarta, malam ini.

Menurut Abdul Rahman, adalah wajar bagi pihaknya untuk menghadkan jumlah pelakon filem yang bakal mengikuti promosi filem itu Jakarta.

“Soal nama digugurkan itu tidak betul. Saya telefon produser yang menghubungi Johan sebelum ini, dia tak sebut pun perkataan ‘digugurkan’, dia hanya kata namanya tiada dalam senarai.

“Johan perlu faham tujuan kita ke Jakarta adalah untuk bekerja dan promosi, bukannya makan angin. 

“Jadi kami (penerbit) hanya membawa jumlah pelakon yang kami rasakan munasabah sahaja. Lagi pun mereka di sana (penonton Indonesia) bukannya kenal kita sangat,” katanya ketika dihubungi Getaran semalam.  

Abdul Rahman bagaimanapun berjanji akan membawa Johan dan pelakon yang lain untuk bersama-sama menunaikan umrah yang dirancang pada Oktober ini. 

“Kita ke Jakarta adalah bagi tujuan promosi bukannya apresiasi. Nanti kita akan mengadakan apresiasi untuk semua yang terlibat dengan filem Mat Kilau termasuk Johan. 

“Kita akan bawa menunaikan umrah. Di sana nanti, barulah kita semua pergi untuk kenal lebih rapat dan berukhuwah.

“Jadi tidak perlulah nak kecil hati. Kita tak mahu jadi macam budak-budak. Kita nak ambil semangat persaudaraan Mat Kilau,” tambahnya. 

Johan sebelum ini memaklumkan telah menerima panggilan telefon daripada Studio Kembara yang menyatakan namanya digugurkan untuk ke Jakarta. Beliau menyifatkan tindakan penerbit sebagai lucu dan tidak profesional. - Getaran, 26 Ogos 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN