web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


14 Peserta Bakal Bersaing Di Pentas Awesome Raja Lawak, Mampukah Bakat Pelawak Baharu Dicungkil?

Pelawak Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat dilantik sebagai juri tetap, Chiwan Chilok serta Nizam Jentik-Jentik sahut cabaran kemudi pentas utama

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 7:06PM

Peserta dan juri ‘Awesome Raja Lawak’ bergambar bersama pihak pengurusan Awesome TV. - Gambar ihsan Awesome TV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 14 peserta merangkumi empat peserta solo, enam peserta duo dan empat peserta trio bakal bersaing di pentas utama ‘Awesome Raja Lawak’ apabila ia bakal bersiaran selama sepuluh minggu untuk musim yang pertama. 

Peserta solo terdiri daripada Azhar, Kanmani, Hanif dan Zunny manakala peserta duo yang terpilih pula adalah Kumpulan Soda, Se’eh, Sedare, Mabo, Manja dan Beduk. Sementara peserta trio pula dibarisi Kumpulan Kacau, Semmat, Pelan dan Sesah.

Barisan penghibur versatil popular iaitu Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap untuk mengadili pertandingan ‘Awesome Raja Lawak’.

Kesemua juri bakal menilai peserta berdasarkan keaslian idea asal dan kreativiti, teknik penyampaian lawak dan persembahan serta kelucuan serta elemen jenaka dalam sesebuah persembahan berdasarkan tema mingguan.

Format penjurian program ini  juga akan diadili berdasarkan pemarkahan 70 peratus oleh barisan juri profesional dan 30 peratus undian peminat secara online. Peserta yang mendapat markah keseluruhan terendah akan disingkirkan.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, melihat kepada penerbitan pelbagai program hiburan sebelum ini, Awesome TV mendapati program-program yang berteraskan komedi dan lawak jenaka amat popular di kalangan penonton.

“Kami juga jangkakan genre ini akan terus mempelopori industri seni tanah air sekiranya kualiti serta nilai komersial setiap pengisian yang ditawarkan berada di aras yang tinggi,” katanya. 

Justeru, pihak Awesome TV ingin melakar inisiatif strategik dengan menganjurkan edisi terbaharu program realiti komedi popular ‘Awesome Raja Lawak’ dalam usaha mencari pelapis pelawak angkatan baharu yang relevan, berilmu dan serba boleh. 

Selain itu, khidmat tiga pelawak tersohor yang terdiri daripada Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke Jambu turut dibawa masuk sebagai ‘Mentor’ untuk memberi bimbingan serta membantu persembahan mingguan dalam kalangan peserta.

Setiap peserta akan diberi cabaran berbeza setiap minggu berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Antara tema tersebut termasuk muzikal, loghat, viral, parodi, seram, sejarah, bebas, peribahasa, superhero serta banyak lagi.

Sementara pelawak yang sedang meningkat naik iaitu Chiwan Chilok dan Nizam Jentik-Jentik pula telah diberi kepercayaan untuk mengemudi pentas utama 'Awesome Raja Lawak’ selaku pengacara program.

Manakala pengacara baharu yang juga pembaca berita program 7.57 terbitan Awesome TV, Kamalia Jamaludin pula dilantik sebagai Pengacara ‘Back Stage’ untuk program ini.

Menariknya, Chiwan dan Nizam turut berpadu suara untuk menjayakan lagu tema ‘Awesome Raja Lawak’ yang berjudul ‘Kasi Berapa Up’. Lagu tersebut merupakan hasil nukilan komposer Jeff A To Z.

Bagi merancakkan penerbitan edisi kali ini, produksi ‘Awesome Raja Lawak’ turut memperkenalkan anugerah mingguan ‘Man of The Match’ yang akan diberikan kepada peserta yang mendapat markah keseluruhan tertinggi pada setiap minggu.

Juara ‘Awesome Raja Lawak’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 ribu beserta trofi sumbangan Awesome TV. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan menerima RM25,000 ribu dan RM15,000 ribu beserta trofi. 

Rangkaian program ‘Awesome Raja Lawak’ akan disiarkan secara eksklusif di Awesome TV menerusi platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112). - Getaran, 26 Ogos 2022. 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 10 jam yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

oleh Sophia Ahmad