web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Panggung Tok Ram Cungkil Bakat Dan Jati Diri Pelapis Baharu

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama Datuk Ramli MS bukanlah nama yang asing di dalam industri. Namanya cukup kukuh sebagai maestro muzik tanah air dan pernah menggalas pelbagai tanggungjawab bukan sahaja sebagai pengarah muzik, bahkan juga juri untuk pelbagai pentas berprestij.

Kini, Ramli yang mesra disapa dengan panggilan Tok Ram ingin menabur bakti berbekalkan pengalamannya selama 47 tahun di dalam industri, bagi mencungkil bakat baru serta mencipta personaliti anak seni pelapis menerusi program Panggung Tok Ram.

Panggung Tok Ram yang ditaja oleh jenama susu terkemuka tanah air, Farm Fresh ini akan mencungkil dan menggilap bakat muda seawal usia 13 hingga 18 tahun, sekaligus akan diasuh dengan pelbagai ilmu bukan sahaja seni, bahkan mengenai sikap serta disiplin sebagai anak seni.

“Saya nak mencari bakat baru dan akan membina jati diri individu itu menjadi anak seni yang berkaliber. Dengan pengalaman saya selama 47 tahun di dalam industri, saya akan bantu menggilap apa yang ada dalam diri mereka.

“Selain bakat dan teknikal yang boleh diajar, jati diri dan tatasusila juga penting dalam diri seseorang anak seni,” katanya.

Tambah Ramli, inisiatif ini diambil kerana dia ingin mencipta masa depan yang lebih baik buat anak-anak seni tanah air terutamanya barisan pelapis.

“Sekarang, ramai artis yang ‘langgar’ saja benda-benda ini (jati diri dan tatasusila). Saya dah lihat perkara ini selama berdekad-dekad dan ia nampaknya mula menjadi sesuatu yang normal.

“Kalau dibandingkan dengan zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, disiplin mereka lebih padu terutamanya dari segi pengurusan masa. Inisiatif ini adalah untuk masa depan industri kita.

“Selari dengan peredaran zaman, Panggung Tok Ram akan diterbitkan dalam pentas kami sendiri berteraskan digital dan bukan untuk siaran televisyen,” katanya.

Ramli juga menegaskan bahawa ini bukanlah program realiti TV yang hanya memakan masa selama 10 minggu, sebaliknya, program berterusan.

“Ia adalah program berterusan dan minimum, akan memakan masa selama dua tahun. Dalam tempoh itu, kita akan dapat lihat dan kenal pasti sikap peserta dan cabang seni mana yang lebih sesuai untuknya.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, inisiatif itu selari dengan matlamat mereka sebagai syarikat yang ingin membantu meningkatkan kualiti industri seni tanah air.

“Projek berterusan ini adalah selari dengan matlamat kami untuk membantu meningkatkan kualiti industri seni tanah air. 

“Jadi, tanggungjawab kami sebagai penaja adalah untuk menyuntik dana dan melihat perkembangan proses pembelajaran peserta-peserta ini,” katanya.

Farm Fresh adalah jenama yang pernah menjadi penaja untuk beberapa program hiburan antaranya, Gegar Vaganza yang ditayangkan di Astro dan Immortal Songs Malaysia untuk saluran TV3.

Program Panggung Tok Ram terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 13 hingga 18 tahun dan cara penyertaannya adalah dengan menghantar rakaman video serta maklumat peribadi ke nombor telefon 013 626 8839.

Tok Ram bersama-sama pihak wakil dari Farm Fresh akan menilai kemampuan peserta dan akan menyalurkan peserta ke cabang seni yang sesuai dengan kemampuan mereka seperti muzik, lakonan atau pengacaraan.

Penyertaan untuk program ini juga adalah secara percuma dan Tok Ram serta Farm Fresh akan mengumumkan mengenai platform digital manakah yang bakal menjadi platform tayangan dalam sidang media kedua kelak. - Getaran, 7 April 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...