web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Tiada Konflik Yang Berlaku” – Penerbit Mat Kilau

Menurut penerbit filem 'Mat Kilau', Abdul Rahman Mt Dali, pihak Studio Kembara sedang sibuk dalam sesi mesyuarat ketika dihubungi Datuk Adi Putra menyebabkan panggilannya tidak dijawab.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 2:29PM

Adi Putra (kiri) dan Abdul Rahman Mt Dali (kanan) - Gambar Instagram Filem 'Mat Kilau'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam pelakon utama filem Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra telah memuat naik status yang mencetuskan spekulasi ramai di akaun Instagram. 

Dalam hantaran berkenaan, Adi menyampaikan pesanan kepada pihak Studio Kembara yang dikatakan susah untuk dihubungi dan mendedahkan dia tidak akan turut sama ke tayangan gala filem Mat Kilau yang bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Getaran menghubungi pemilik Studio Kembara iaitu Abdul Rahman Mt Dali untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang kemelut yang berlaku di antara pihaknya dengan Adi.

Menurut Abdul Rahman, dia juga juga terkejut dengan hantaran yang dibuat Adi selepas diberitahu salah seorang rakannya.

“Saya baru tahu tentang perkara ini pagi tadi. Jadi saya terus periksa dengan kakitangan saya. Saya difahamkan, Adi ada menghubungi pihak produksi sewaktu mereka sedang sibuk dengan urusan mesyuarat sehingga lewat malam,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya adakah isu yang tercetus ini disebabkan salah faham yang berlaku dari kedua belah pihak, Abdul Rahman menafikan perkara itu.

“Bagi pihak kami tiada sebarang salah faham yang berlaku. Cuma mungkin pihak kami terlambat untuk memberikan respons terhadap panggilan Adi kerana ada mesyuarat. 

“Namun, saya difahamkan pihak kami telah pun menghubungi Adi selepas dia membuat hantaran berkenaan. 

“Jadi tiada istilah konflik yang berlaku, saya anggap mungkin itu reaksi spontan Adi ketika situasi itu berlaku,” jelasnya.

Disebabkan hantaran yang dibuat oleh Adi, ramai pihak terutamanya netizen dilihat membuat spekulasi kurang enak mengenai Studio Kembara. 

Ditanya adakah dia kecewa dengan tindakan Adi memuat naik status seperti itu, Abdul Rahman enggan memberikan respons yang negatif.

“Studio Kembara buat filem Mat Kilau kerana kita membawa semangat persaudaraan, perjuangan dan sikap kematangan dalam menguruskan krisis dan sebagainya. Tidak elok rasanya andai tiba-tiba nak menunjukkan seolah-olah kita ada pertembungan atau konflik. 

Bagi saya tiada konflik yang berlaku sebenarnya. Cuma kita perlu jadi lebih matang. Kalau tengok semangat Mat Kilau itu sendiri, jika ada apa-apa berita muncul dia akan dengar dahulu dan selidik, mungkin ada berlaku salah faham.

“Saya buat filem Mat Kilau kerana saya nak ajak umat kita bersatu dan  bersama, itu pun saya sudah bersyukur. Takkanlah saya buat filem seperti ini dan saya pula nak buat masalah pada bangsa,” ujarnya. 

Ditanya tentang kenyataan Adi yang berkemungkinan enggan turut serta ke tayangan gala filem Mat Kilau di Jakarta, kata Abdul Rahman demi membawa nama negara dan industri filem Malaysia seharusnya pelakon yang terlibat turut serta dalam rombongan ini. 

“Kita sedang membawa filem dan nama Malaysia ke sana. Jadi kita perlu pergi dalam keadaan yang kemas, lengkap dan bersemangat supaya kita dapat pergi dengan sesempurna mungkin. Pihak sana mengharapkan barisan pelakon yang terlibat perlu ada. 

“Atas semangat nasional dan nama baik negara seharusnya kita kena pergilah. Kalau ada perkara yang kita tak suka sekalipun, cubalah tolak ke tepi. 

“Inilah yang dinamakan perjuangan. Dia pun telah bersetuju untuk pergi, takkanlah disebabkan perkara sebegini dia tak jadi pergi,” katanya. 

Bakal ditayangkan di 200 buah pawagam seluruh Indonesia pada 31 Ogos ini, Abdul Rahman berharap sambutan yang sama turut diberikan penonton-penonton di Indonesia seperti mana Mat Kilau mencetuskan fenomena di Malaysia. 

“Apa yang paling penting bagi saya adalah saya berharap rakyat Indonesia juga dapat menerima mesej yang cuba disampaikan filem Mat Kilau ini sama seperti rakyat Malaysia,” katanya menutup bicara. – Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

PM Tegaskan Hak Asasi Rakyat Palestin Mesti Dihormati

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Prinsip Kematangan, Kedewasaan Harus Jadi Naratif Baharu Generasi Muda Malaysia - Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Saya Tak Campur Tangan Kes Ahmad Zahid - Anwar

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...