Berita Terkini

24 minit yang lalu: Kerajaan akan perkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen bagi terjemah konsep pengasingan kuasa- PM 26 minit yang lalu: Penjawat awam perlu bekerja sebagai satu Keluarga Malaysia, henti budaya silo - PM 26 minit yang lalu: Penjawat awam perlu pertahan kerajaan dari berita tidak benar - PM 2 jam yang lalu: Shaqeem Izwan raih emas dalam Boling Remaja Asia 2 jam yang lalu: Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara

IKUTI KAMI


Jerangkung Dalam Almari: Sejauh Mana 'Tidak Klise' Penentu Sebuah Naskhah Cemerlang?

Penampilan Hasnul Rahmat dan Wan Hanafi Su sangat menjadi dalam naskhah ini!

Filem & TV Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 3:55PM

Selepas Mat Kilau, Adi Putra muncul dalam filem seram, Jerangkung Dalam Almari. - Gambar ihsan produksi Jerangkung Dalam Almari

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semenjak kejayaan filem Mat Kilau, jumlah kehadiran penonton ke panggung dilihat semakin 'menggila' sekali gus merancakkan semula industri perfileman negara yang mengalami kelesuan akibat pandemik COVID-19. 

Setelah deretan filem aksi dan komedi, Ogos nampaknya menyaksikan filem bergenre seram lebih banyak menjengah ke layar perak.

Meminjam aura pelakon utama Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra, naskhah Jerangkung Dalam Almari terbitan Akid Productions yang ditayangkan mulai hari ini diharap dapat memberikan magis serupa dengan filem lakonan Adi Putra sebelum ini. 

Filem arahan Shadan Hashim ini mengisahkan Fikri lakonan Datuk Adi Putra yang sering diganggu makhluk halus yang datang daripada almari pakaiannya.

Lama-kelamaan, situasi menjadi semakin buruk apabila isteri dan anaknya turut mengalami pengalaman ngeri yang sama.

Shadan Hashim
Shadan Hashim

Bagi menamatkan misteri ini, Fikri akhirnya pulang ke rumah asal mereka dan menceritakan perkara berkenaan kepada abang Ali, lakonan cemerlang Hasnul Rahmat serta Kak Itah lakonan Anne Abdullah. Maka satu persatu misteri yang dialami mereka terbongkar.

Barisan pelakon Jerangkung Dalam Almari.
Barisan pelakon Jerangkung Dalam Almari.

Berbanding cerita seram yang pernah ditayangkan di Malaysia sebelum ini, Jerangkung Dalam Almari lari daripada klise dan berdiri dengan premis seramnya sendiri tanpa mempunyai apa-apa jampi, hantu yang melekat di dinding atau terbang.

Naskhah ini menawarkan falsafah di dalam setiap penceritaannya serta objek yang ditunjukkan. 

Sepanjang anda menonton filem ini, watak-watak di dalamnya akan bercerita tentang pakaian, almari dan mengapa makhluk halus ini memilih objek-objek sebegini untuk mendekati manusia.

Baju dan almari adalah objek yang sangat dekat dan mewakili keperibadian seseorang.

Maka makhluk halus ini mengekori dan mendekati anda dengan pakaian yang anda kenakan. Ia sebuah persoalan, pemahaman serta falsafah yang menarik untuk difikirkan.

Bukan itu sahaja, filem ini juga menunjukkan bagaimana puluhan tahun pengalaman bergelar pelakon benar-benar melahirkan seorang anak seni berkualiti hebat seperti Hasnul Rahmat dan Wan Hanafi Su. 

Wan Hanafi Su
Wan Hanafi Su

Watak Ali dan Pak Hassan sangat menjadi, membuatkan penonton benar-benar membenci dan benar-benar menghakimi watak-watak yang mereka wakili.

Gandingan mereka adalah pilihan yang sangat tepat dan pujian ini harus diberikan kepada pengarah.

Walaupun Adi Putra adalah nama besar yang sedang diperkatakan dan menjadi harapan serta aset filem ini, namun penulis merasakan kehadirannya tidak begitu menonjol (walaupun dia adalah watak utama). 

Sophia Albarakbah melakonkan watak sebagai isteri Adi Putra dalam Jerangkung Dalam Almari.
Sophia Albarakbah melakonkan watak sebagai isteri Adi Putra dalam Jerangkung Dalam Almari.

Mungkin kerana keserasiannya bersama pelakon baharu iaitu Sophia Albarakbah sedikit janggal selain beberapa dialog dalam naskah ini yang kurang mengesankan.

Bukan itu sahaja, filem seram Jerangkung Dalam Almari ini juga mempunyai kelompongan seperti garapan naskahnya yang longgar.

Dari plot ke plot, ia seperti bercempera. Adegan jungkir balik yang melatari cerita ini juga dilihat tidak kemas, sedikit berterabur dan terasa seperti disumbat-sumbat. 

Kekeluargaan adalah elemen penting dan sangat menarik untuk dibawa ke dalam filem kerana sentimen ini telah membuktikan kejayaannya bahkan di dalam filem-filem besar yang lain. 

Namun begitu, untuk sebuah filem seram, acuannya mestilah sepadan dan babak kekeluargaan ini tidak bolehlah dilihat seperti menenggelamkan atau mengelabui adegan seram yang sepatutnya mendapat spotlight utama filem ini. 

Mungkin kerana masa penggambaran terhad, isu teknikal dalam filem ini gagal dinilai dengan teliti seperti babak dubbing Adi Putra yang tidak menggunakan suara pelakon asalnya. 

Bagi bahagian lain pula, skor muzik yang dipilih untuk beberapa babak kedengaran seperti iklan komersial awal tahun 2000, mengingatkannya dengan drama jam tujuh malam di kaca televisyen.

Dalam ketiga-tiga act yang dipersembahkan Jerangkung Dalam Almari, langgam ceritanya tidak lancar seperti terlalu lewah di act pertama, terlalu tergesa di act kedua serta terasa dipaksa-paksa untuk dihabiskan di act ketiga. 

Jerangkung Dalam Almari mula ditayangkan hari ini.
Jerangkung Dalam Almari mula ditayangkan hari ini.

Jerangkung Dalam Almari mungkin tidak mempunyai adegan yang klise dengan filem seram yang pernah ada. Namun begitu, ia tetap bermain dengan elemen seram yang klise iaitu santau dan sihir. 

Menjadi ‘tidak klise’ sahaja tidak cukup untuk menobatkan karya itu cemerlang. Kerana apa guna ‘tidak klise’ namun keseluruhan penyampaian penceritaannya memeningkan kepala.

Apapun, Jerangkung Dalam Almari menyimpan falsafah yang menarik untuk dinikmati bersama. Ia tetap sebuah filem yang menarik untuk ditonton hujung minggu ini. Ayuhlah ke pawagam bermula 4 Ogos ini dan sama-sama menyokong naskhah filem tempatan kita. - Getaran, 4 Ogos 2022 

*rating 2 Getar untuk filem ini.


 

Sorotan

1

Komunikasi Seksual: Kes Safiey Ilias Dipindah Ke Mahkamah Ampang

2

Kertas Putih Sepatutnya Jadi Kenyataan Kolektif Pembaharuan Sistem Kesihatan Negara - Khairy

3

'Kalau Orang Lain, Pasti Mereka Akan Saman Kamu' - Ini Jawapan Azhar Sulaiman Buat Nor Azira 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aizat Amdan Kahwini Pengurus Hari Ini, Bakal Ke Mexico Bulan Madu

oleh Wafa Aula

Filem & TV 13 jam yang lalu

'Hansan: Rising Dragon' Tambah 6 Juta Lagi Jualan Tiket Di Korea Selatan

Filem mengenai pertempuran tersohor tentera laut yang dipimpin Laksamana Yi Sun-sin menentang Jepun semasa Dinasti Joseon menambah kira-kira 240,000 penonton wa...

Selebriti 21 jam yang lalu

Dituduh Kikis Dan Jalin Hubungan Dengan Suami Orang, Anak Azhar Sulaiman Beri Penjelasan

Kasih Iris Leona didakwa menjadi ‘scammer’ dengan mengikis duit lelaki yang bergelar suami orang sedangkan dia tiada niat untuk berkahwin dengan lelaki berkenaa...

oleh Helmi Anuar

Selebriti 20 jam yang lalu

'Kalau Orang Lain, Pasti Mereka Akan Saman Kamu' - Ini Jawapan Azhar Sulaiman Buat Nor Azira 

oleh Wartawan Getaran