web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raih RM90 Juta, Mat Kilau Filem Nombor 1 Malaysia, Tepis Avengers!

Selepas berjaya memecahkan rekod tertinggi filem tempatan iaitu Munafik 2 (RM48 juta), kini Mat kilau berjaya mencantas rekod kutipan filem paling tinggi di Malaysia iaitu Avengers : Endgame (RM87 juta). 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 11:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang sudah diduga, filem epik Mat Kilau akhirnya berjaya meraih kutipan sebanyak RM90 juta selepas 33 hari tayangan.

Pencapaian luar biasa ini sekali gus meletakkan Mat Kilau sebagai filem Malaysia dengan kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara. 

Filem arahan Syamsul Yusof ini telah berjaya menepis kedudukan filem arahannya sebelum ini  iaitu Munafik 2 yang memegang rekod sebagai filem Malaysia dengan kutipan tertinggi pada 2018 iaitu sebanyak RM48 juta. 

Rekod kutipan filem paling tinggi di Malaysia sebelum ini dipegang filem Hollywood terbitan Marvel iaitu Avengers : Endgame dengan jumlah kutipan sebanyak RM87 juta. 

Menurut Syamsul, dia sangat terharu dan bersyukur dengan kejayaan luar biasa sehingga menitis air mata.

“Air mata syukur. Tiada kata melainkan Alhamdulillah. Saya dan seluruh tenaga kerja Mat Kilau amat terharu.

“Lebih mengejutkan lagi bila Mat Kilau menjadi filem nombor satu dalam carta box office mingguan untuk lima minggu berturut-turut mengenepikan filem-filem besar Hollywood.

“Terima kasih kepada penonton yang masih terus beri kepercayaan pada karya kali ini dan kesemua filem saya sebelumnya. 

“Sejak dari filem pertama hinggalah sekarang. InsyaAllah moga terus diberi ilham untuk filem akan datang,” katanya kepada Getaran. 

Katanya lagi, sudah terbukti filem Melayu masih boleh berdiri di bumi sendiri andai filem yang dihasilkan berkualiti dan menepati cita rasa penonton. 

“Ini harapan baru sinema tempatan dan buat semua anak seni tanah air. Ayuh semua pengkarya filem, ayuh bersatu demi majukan industri seni Malaysia,” ujarnya.

Tahniah diucapkan kepada seluruh produksi filem Mat Kilau yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini. Semoga fenomena Mat Kilau mampu membakar semangat pengkarya filem tempatan untuk terus hasilkan filem yang berkualiti.  – Getaran, 25 Julai 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...