web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Drama 'Bisik-Bisik Gelora' Raih 10 Juta Tontonan

Drama yang memaparkan gandingan hebat Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama ini juga telah mencapai sebanyak 752 juta interaksi di media sosial.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 8:00PM

Drama bersiri ‘Bisik-Bisik Gelora’ siaran slot Akasia di TV3 telah berjaya menambat sokongan daripada 10 juta penonton di serata Malaysia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama bersiri ‘Bisik-Bisik Gelora’ siaran slot Akasia di TV3 telah berjaya menambat sokongan daripada 10 juta penonton di serata Malaysia, sejak ia mula bersiaran pada 21 Mei lalu. 

Drama yang memaparkan gandingan hebat Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama juga telah mencapai sebanyak 752 juta interaksi di media sosial sepanjang 35 episod bersiaran di kaca televisyen, menurut sumber penarafan Nielsen 2022 & Meltwater (Mei - Jun 2022). 

‘Bisik-Bisik Gelora’ yang merupakan adaptasi novel karya Fauziah Ashari dan arahan Riza Baharudin menceritakan tentang kisah percintaan di antara Jad, seorang pemuda kampung dan Arumi, seorang gadis liar dari bandar, yang pada asalnya terpaksa berkahwin selepas ditangkap basah. 

Maklum balas daripada penonton menerusi laman sosial menunjukkan mereka sangat berpuas hati dengan pengakhiran drama ini kerana membawa kelainan.

Bahkan, penonton turut memberikan kata-kata puji terhadap barisan pelakon lain yang turut berjaya membawakan watak di dalam drama bersiri ini seperti Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi dan Afifah Nasir. 

Bagi penonton yang ingin menonton semula atau terlepas menonton drama hangat yang baru sahaja melabuhkan tirai ini, siri 35 episod ini boleh didapati di laman penstriman Disney+ Hotstar Malaysia. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

3 Drama Bersiri Di TV3 Bakal Menjentik Emosi Penonton 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...