web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Babak ‘Piggyback’ Buat ‘Slipped Disc’ Alvin Lebih Teruk

Semakin hari, Alvin menyedari keadaan tulang belakangnya menjadi semakin teruk menyebabkan pihak produksi terpaksa menggunakan khidmat pelakon 'double'.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 2:02PM

Alvin Chong dan Diana Danielle dalam 'She Was Pretty' edisi Malaysia - Gambar tangkapan layar YouTube Viu

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampak mudah dan lancar di kaca televisyen, namun siapa sangka babak dukung yang dilakonkan Alvin Chong merupakan bahagian paling mencabar sepanjang penggambaran. 

Apalagi seminggu sebelum penggambaran drama 'She Was Pretty Malaysia' dimulakan, Alvin disahkan menghidap cakram teranjak atau slipped disc akibat bermain gim dan bergantung kepada ubat tahan sakit.

Namun begitu, Alvin tetap bertahan dan memberikan komitmen seratus peratus untuk karya adaptasi drama Korea ini. 

Alvin memberikan komitmen seratus peratus untuk 'She Was Pretty Malaysia' - Gambar ihsan Viu
Alvin memberikan komitmen seratus peratus untuk 'She Was Pretty Malaysia' - Gambar ihsan Viu

“Jika anda menonton drama ini, anda akan lihat ada banyak babak di mana saya harus dukung Aiman dan Diana.

“Aiman sudahlah tinggi dan tulang dia berat. Sebelum babak dukung, mesti Aiman akan makan banyak. Tak tahulah dia dengki dengan saya ke apa.

“Diana pula memang tinggi lebih kurang saya. Jadi tulangnya memang berat,” seloroh Alvin dalam satu sidang media 'She Was Pretty' atas talian baru-baru ini.

Semakin hari, Alvin menyedari keadaan tulang belakangnya menjadi semakin teruk menyebabkan syarikat produksi terpaksa menggunakan khidmat pelakon double.

“Bila sudah di hujung-hujung penggambaran, saya rasa keadaan tulang belakang saya sudah menjadi semakin teruk. Saya juga tak larat nak makan ubat tahan sakit sentiasa. Jadi, untuk babak dukung bersama-sama Aiman, syarikat produksi  gunakan khidmat pelakon sampingan (double),” katanya.

Setelah melihat respons daripada penonton sejak drama ini ditayangkan, Alvin mengakui lega kerana watak Ashraf diterima baik penonton di laman media sosial. 

“Memandangkan drama ini ialah sebuah karya adaptasi dari Korea Selatan. Jadi pasti ada penonton yang sudah menonton versi Korea dan membandingkannya dengan versi Malaysia ini.

“Namun melihat kepada komen-komen di TikTok dan Twitter rata-rata netizen merasakan saya telah membawa watak Ashraf dengan baik. 

Alvin mengakui lega kerana watak Ashraf diterima baik penonton di laman media sosial - Gambar ihsan Viu
Alvin mengakui lega kerana watak Ashraf diterima baik penonton di laman media sosial - Gambar ihsan Viu

“Karakter Ashraf yang saya lakonkan itu pun tidak terlalu jauh dengan personaliti saya. Kadang-kadang saya ada kacau juga kru produksi untuk ambil mood,” katanya. 

‘She Was Pretty’ versi Malaysia dibintangi Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan Daniella Sya kini ditayangkan di Viu, dengan dua episod setiap Khamis dan tiga episod pada minggu akhir tayangan.

Bukan itu sahaja, penonton berpeluang untuk memenangi pakej percutian eksklusif ke Seoul, Korea. Anda hanya perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting  babak terpilih ‘She Was Pretty’ setiap minggu. - Getaran, 21 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...