web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Musyrik : Api Neraka Menantimu Filem Seram Klise 

Filem seram terbaharu tempatan ini agak klise dan seakan mengambil inspirasi dari filem-filem seram pecah panggung sebelum ini. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 12:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika filem Mat Kilau masih lagi hangat ditayangkan di pawagam tempatan, muncul pula sebuah filem seram terbaharu berjudul Musyrik.

Filem terbitan White Merpati Entertaiment ini diarahkan oleh Arjin Uppal serta dibintangi oleh Aeril Zafrel, Ashraf Muslim, Ruhainasies, Aishah Elias dan ramai lagi.

Filem ini telah menjalani penggambaran pada tahun 2018. Tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tayangannya ditangguhkan sehingga ke tahun ini.

Sejujurnya, penulis rasakan ini bukan zaman untuk filem seram mendominasi pawagam. Tambahan lagi industri perfileman kita pula sedang bangkit dari kesuraman dek pandemik.

Namun bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jadi penulis membuka minda seluas-luasnya untuk menonton filem yang menggunakan tagline Api neraka menantimu ini.

Sebagai seorang yang susah untuk berasa takut menonton filem bergenre seram, penulis mengharapkan elemen seram dalam filem ini sekurang-kurangnya mampu membuatkan jantung penulis berdebar ataupun tidak senang duduk.

Namun keterujaan itu hilang saat melihat watak hantu yang dijelmakan lakonan Aishah Ilias sangat tidak masuk dek akal. Mujur babak-babak melawan makhluk halus masih boleh dilayan. Terutamanya babak di dalam hutan yang melibatkan Ashraf Muslim.

Ceritanya bermula apabila Aril lakonan Aeril Zafrel menceraikan isterinya Sabrina lakonan Neera Azizi  kerana tidak boleh mengandung. Dia kemudian berkahwin dengan Wati lakonan Aishah Ilias dan memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Puteri.

Namun keadaan tiba-tiba berubah apabila dia mula membenci anaknya sendiri sehingga mahu membunuh akibat terpengaruh dengan bisikan syaitan. Semuanya gara-gara kapalnya telah dicuri dan perniagaannya semakin rugi. 

Tanpa sengaja, dia telah terbunuh isterinya sendiri dan menanam mayat isterinya berdekatan rumah mereka. 

Namun anaknya Puteri boleh melihat roh isterinya yang kembali ke rumah mereka dan menyangkakan ibunya belum meninggal.

Farah adik kepada Aril lakonan Ruhainies datang ke rumah mereka dan cuba menghubungi Wati tetapi tidak berbalas. Aril memberitahu bahawa isterinya pulang ke kampung melawat ibunya yang sakit. 

Sepanjang berada di rumah itu, Farah melalui pelbagai perkara mistik termasuklah menyaksikan sendiri perangai pelik Puteri yang seakan dirasuk.

Sewaktu mahu membawa anak saudaranya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, Farah  terjumpa dengan ustaz Akasyah yang mampu mengubati mereka yang terkena gangguan makhluk halus. 

Ustaz Akasyah telah datang ke rumah mereka dan cuba menghalau makhluk halus yang mengganggu ketentraman mereka sekeluarga. 

Namun gangguan itu tidak berakhir di situ apabila Puteri dimasukkan ke hospital akibat koma selepas termakan mentega kacang. Gangguan demi gangguan terus menghantui keluarga Aril termasuklah dirinya. 

Dapatkah dia keluar dari gangguan ini? Siapakah yang cuba berlaku khianat kepada keluarganya? Semua ini bakal terjawab jika anda menonton sendiri filem ini di pawagam.

Dari segi lakonan, pujian harus diberikan kepada Aeril kerana dia nampak benar-benar seperti orang yang sedang serabut dilanda masalah. Ashraf Muslim juga tidak kurang hebatnya saat dia berhadapan dengan gangguan syaitan di mana syaitan itu telah menyerupai dirinya sendiri. Di babak itu kelihatan dua sisi lakonan berbeza dari Ashraf. 

Dari segi plot, penulis rasakan ada persamaan dengan filem-filem seram pecah panggung yang penulis pernah tonton dulu seperti Khurafat dan Munafik. – Getaran, 14 Julai 2022

*rating 2 setengah Getar untuk filem ini. 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...