web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amor Rizan Pilih Genre Psiko Thriller Untuk Arah Filem Pertamanya 

Filem sulung pertama arahannya itu iaitu Jemputan Dari Neraka, turut dibintangi Aleza Shadan, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam dan Hariz Hamdan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 8:00PM

Amor Rizan (dua dari kanan) ketika mengarah filem Jemputan Dari Neraka. - Gambar dari Instagram Jemputan Dari Neraka

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peluang mengarah filem adalah impian setiap karyawan seni yang memikul tugas-tugas pengarahan. Tidak terkecuali Amor Rizan yang sebelum ini banyak menghasilkan drama-drama Melayu yang menjadi viral serta tontonan ramai. 

Antara drama-drama arahannya yang meninggalkan impak dan kesan mendalam dalam kalangan penonton dan peminat drama Melayu adalah Terlerai Noktah, Aku Yang Merinduimu, Senafas Rindu dan Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa. 

Keupayaannya mengarah drama telah meraih kepercayaan daripada syarikat produksi AN Universal Film Production milik Datin Anne Ngasri untuk mengarah filem sulung pertamanya berjudul Jemputan Dari Neraka yang juga merupakan skrip karyanya sendiri bersama seorang teman penulis. 

Amor Rizan
Amor Rizan

“Sebetulnya, sejak tujuh tahun yang lepas lagi, saya telah mendapat peluang untuk mengarah filem. Tetapi, ketika saya tidak yakin kerana tidak punya pengalaman luas untuk mengarah, apatah lagi dalam medium filem yang skalanya lebih besar daripada drama. 

“Banyak aspek yang perlu diambil kira apabila mengarah sebuah filem. Kita perlu menguruskan keseluruhan produksi, memiliki lokasi, memilih pelakon dan menyelesaikan setiap masalah yang ada di lokasi. 

“Bila peluang ini kembali semula, Alhamdulillah, saya sudah ada keyakinan untuk melakukannya. Lagipun, saya sudah memiliki pasukan produksi saya sendiri. Mereka ini adalah dari kalangan orang-orang yang saya selesa bekerjasama. 

“Bahkan, mereka ini juga adalah orang-orang yang saya percayai dan saya tahu, mereka  boleh membantu saya untuk merealisasikan kerja-kerja filem ini. 

“Saya ini orangnya cepat rapuh hati. Jadi, saya perlu orang-orang yang boleh membantu saya dan menyokong saya di saat-saat dan waktu yang terdesak,” katanya. 

Amor telah mendapat peluang untuk mengarah filem sejak 7 tahun lalu namun ketika itu beliau tidak mempunyai keyakinan dan pengalaman.
Amor telah mendapat peluang untuk mengarah filem sejak 7 tahun lalu namun ketika itu beliau tidak mempunyai keyakinan dan pengalaman.

Mengenai Jemputan Dari Neraka yang bergenre psiko thriller, dia sebenarnya sudah 10 tahun menyimpan skrip tersebut. 

“Apabila idea skrip ini diterima, saya cuba olah semula untuk sesuaikan ia dengan keadaan semasa dan cuba tampilkan sesuatu yang baharu supaya ia nampak tidak klise. 

“Memang ia berkaitan dengan pembunuhan tetapi bagaimana ia berlaku dalam setiap babak itulah yang mencetuskan kelainannya,” katanya. 

Menurut Amor Rizan lagi, dia sebenarnya amat menyukai genre sains fiksyen tetapi pada waktu yang sama menyedari bahawa masyarakat Malaysia masih belum menerima filem-filem seperti itu. 

“Psiko thriller juga sebetulnya berada di dalam salah satu cabang sains fiskyen dan kerana itu saya memilih untuk menghasilkan filem dalam genre psiko thriller. Itu yang paling hampir. 

“Menghasilkan filem dalam genre sebegini memberikan kepuasan dari sudut lain buat diri saya kerana ia bukan terjadi di dalam dunia kita dan kita seolah-olah seperti mencipta satu dunia yang lain,” katanya. 

Amor mengakui tidak sabar menanti maklum balas daripada peminat terhadap filem pertama arahannya itu. 
Amor mengakui tidak sabar menanti maklum balas daripada peminat terhadap filem pertama arahannya itu. 

Memandangkan Jemputan Dari Neraka ini mempunyai penceritaan yang bakal mencabar minda penonton menerusi plot twist yang tidak dijangka, Amor Rizan memberitahu, dia seboleh-bolehnya berusaha untuk menghasilkan sebuah filem yang dapat difahami penonton biasa. 

“Untuk filem ini, saya lebih menitikberatkan soal penceritaan dan bukan syot-syot yang terlalu luar biasa atau aneh. 

“Saya mahu penonton faham dan dapat menikmati filem ini dengan mudah. Mungkin, pendapat saya ini tidak akan dapat diterima pengkarya lain yang lebih menitik-beratkan syot dan nilai sinematik. 

“Tapi, saya memang selesa bercerita dengan jelas. Sebab penceritaan saya sudah berselirat, jadi visualnya haruslah jelas serta mudah difahami,” katanya lagi. 

Amor Rizan juga akui tidak sabar menanti maklum balas daripada peminat filem terhadap filem pertama arahannya itu. 

“Sekarang ini, yang mengkritik bukan sahaja wartawan tetapi juga golongan Jabatan Netizen. Jadi, kita haruslah cuba membuat yang terbaik filem terbaik,” katanya lagi. 

Filem Jemputan Dari Neraka ini dibintangi Janna Nick, Aleza Shadan dan Sharifah Sakinah, Hafreez Adam dan Hariz Hamdan. - Getaran, 12 Julai 2022. 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN