web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kisah Fantasi dan Komedi Romantik Hiasi Slot Dramatix Awesome TV 

Impian Lara adalah sebuah drama bergenre fantasi, manakala ‘Reen Putus Cinta’ mengetengahkan genre romantik komedi. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 6:00PM

Gambar ihsan Awesome TV 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Stesen televisyen Awesome TV akan membawakan dua buah naskhah baharu eksklusif berbeza genre iaitu 'Impian Lara' dan 'Reen Putus Cinta' yang bakal dihidangkan secara berselang-seli di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) sepanjang Julai ini.

Mengangkat genre fantasi, ‘Impian Lara’ terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd bakal ditayangkan di slot Dramatix pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.00 malam.

Ia mengisahkan tentang dua pari-pari adik beradik, Lara dan Lia yang melarikan diri ke bumi kerana Lara dipaksa untuk berkahwin

Drama 18 episod arahan Hadith Omar ini dibintangi Reen Rahim yang membawa watak sebagai Lara, Fikry Ibrahim (Andy), Hanna Aqeela (Lia), Mustaqim Bahadon (Acoi), Marissa Yasmin (Queen Cahaya), Sherie Merlis (Kenchana), Didi Astillah (Bainun), Qi Razali (Marakas), Fazlina Ahmad Daud (Puan Munirah), Iman Zulkarnain (Mahrujum), Riz Amin (Putera Arjuna), Faizul Syaharin (Azman) dan Shakilla Khoriri (Kella).

Gambar ihsan Awesome TV 
Gambar ihsan Awesome TV 

Manakala drama ‘Reen Putus Cinta’ terbitan CTG Vision Sdn. Bhd yang mengetengahkan genre komedi romantik pula bersiaran pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 8.30  malam. 

Ia mengisahkan tentang Reen yang sering gagal dalam percintaan. Kegagalan tersebut turut berpunca daripada sifat Personaliti Obsessif Kompulsif atau ‘OCD’ yang ada pada dirinya selain sering menerima nasihat yang salah daripada rakan-rakanya.

Drama 12 episod arahan Zul Huzaimy ini dijayakan barisan pelakon seperti Reen Rahim, Yulia, Natasha, Beego, Fahrin Ahmad serta Datin Maria Farida.

Manakala, Datuk Rosyam Nor, Hazama, Azhar Sulaiman, Johan As'ari, Zain Saidin, Nizam Jentik-Jentik, Soffi Jikan, Luqman Hafidz, Ammar Titan, Mustaqim Bahadon dan Along Eyzendy pula terlibat sebagai penampilan istimewa dalam rantaian bersiri ini. 

Mengulas lanjut mengenai drama Awesome TV, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadli berkata, berdasarkan trend dan kecenderungan masyarakat di Malaysia khususnya penggemar drama Melayu tempatan, genre yang bersifat universal seperti romantik, komedi dan cinta merupakan antara yang paling mudah menarik perhatian penonton dari segenap lapisan.

“Walaupun tema ini sering disajikan, ia akan kekal popular di kalangan audiens sekiranya plot penceritaan tidak klise dan membosankan. 

“Buktinya, setiap kali genre-genre tersebut diterapkan sebagai intipati utama yang menggerakkan keseluruhan cerita, naskhah tersebut pasti mendapat sambutan yang tidak mengecewakan,” katanya. 

Berbeza dengan drama cinta yang biasa disajikan kepada penonton sebelum ini, keunikan naskhah ‘Impian Lara’ terletak kepada konsep kisah fantasi cinta santai dengan suntikan elemen magis yang sering diketengahkan dalam drama Korea atau istilah lebih dekat, K-Drama. 

Penceritaan kisah cinta fantasi seperti ini pastinya memberi kelainan kepada para penonton. Manakala kisah ‘Reen Putus Cinta’ pula menampilkan penceritaan ringan tetapi padat dengan elemen ‘feel good’ yang menyeronokkan. - Getaran, 6 Julai 2022. 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN