Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Shah Alam Lokasi Terakhir Uji Bakat Awesome Raja Lawak

Kehadiran ratusan peserta dari setiap sudut negeri secara tidak langsung di beberapa lokasi sebelum ini menandakan segmen komedi tetap menjadi pilihan utama masyarakat.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 6:42PM

Gambar Awesome TV

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berjaya melengkapkan sesi uji bakat di tiga lokasi utama, Kuantan, Pulau Pinang dan Johor Bahru baru-baru ini, usaha program pencarian bakat komedi, ‘Awesome Raja Lawak’ bakal melabuhkan tirainya di lokasi terakhir, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 25 dan 26 Jun (Sabtu dan Ahad) 2022.

Kaunter pendaftaran akan dibuka seawal 8.00 pagi dan Awesome TV mengalu-alukan kedatangan warga Lembah Klang untuk tampil mempersembahkan bakat jenaka masing-masing dan mengambil hati barisan juri uji bakat yang terdiri dari pemain industri popular tanah air. 

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, pihaknya gembira kerana sesi jelajah pencarian bakat ‘Awesome Raja Lawak’ kini di lokasi terakhir iaitu di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada hujung minggu ini.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli
Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli

“Keterujaan kami berganda apabila melihat sambutan yang menggalakkan di tiga lokasi pertama, Kuantan, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

“Kehadiran ratusan peserta dari setiap sudut negeri secara tidak langsung menunjukkan segmen komedi tetap menjadi genre hiburan pilihan utama masyarakat. 

“Melihat kepada kesungguhan setiap yang hadir dari pelbagai latar belakang, menaiki pentas dan mempamerkan persembahan terbaik masing-masing seakan memberi kami harapan dan sinar bahawa program ‘Awesome Raja Lawak’ ini tetap menjadi pilihan ramai untuk dijadikan batu loncatan mereka yang ingin terlibat dan memeriahkan lagi industri seni tanah air,” katanya. 

Menggalas tugas juri uji bakat untuk sesi Sabtu, 25 Jun 2022 adalah pelawak terkenal, Ali Puteh dan Atu Zero, manakala pelawak senior, pelakon dan penyanyi, Azlee Senario bakal bergandingan bersama Ajak Shiro untuk menduduki kerusi juri pada sesi hari Ahad, 26 Jun 2022. 

Selain itu, pelawak Chiwan dan Nizam Jentik-Jentik turut hadir bagi memeriahkan suasana sebagai hos uji bakat.

Tugasan hos ini digalas kedua-dua mereka di setiap lokasi ujibakat dan keserasian yang tercetus di antara Chiwan dan Nizam sebelum ini ternyata berjaya membuatkan peserta mahupun penonton yang hadir terhibur dengan lawak spontan mereka. Ini merupakan gabungan sulung Chiwan dan Nizam. 

Sama seperti di Kuantan, Pulau Pinang dan Johor Bahru, barisan juri uji bakat akan menilai calon peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti tahap kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007, platform ‘Raja Lawak’ terbukti berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri seni tanah air dan sudah melahirkan ramai pelawak versatil seperti Nabil Ahmad, Jihan Muse, Johan, Zizan Razak, Sepahtu, Shiro, Zero serta ramai lagi.

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 18 tahun ke atas dan mestilah mempunyai bakat dan minat dalam bidang komedi. Peserta bebas memilih untuk menyertai pertandingan ini secara solo, duo atau trio.

Setiap yang hadir juga perlu membuat persembahan pentas secara spontan untuk menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. 

Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan atau pasport untuk warga Singapura serta gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) atau ukuran pasport.

‘Awesome Raja Lawak’ bakal bersiaran secara eksklusif di Awesome TV menerusi platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) bermula Ogos kelak. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

2

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

4

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 18 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran