Berita Terkini

2 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program Realiti ‘Raja Lawak’ Kini Kembali Di Awesome TV

Program realiti pencarian bakat-bakat lawak tanah air, ‘Raja Lawak’ kini kembali selepas hampir 10 tahun dan bakal disiarkan di stesen Awesome TV. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program realiti popular yang pernah menghiasi kaca televisyen rakyat Malaysia satu ketika dahulu iaitu Raja Lawak kini kembali tetapi bukan lagi di saluran Astro, tetapi di stesen yang semakin meningkat naik iaitu Awesome TV.

Awesome TV dengan berbesar hati membawakan edisi terbaharu perintis program realiti komedi popular ‘Raja Lawak’ yang kini bakal dikenali dengan jenama ‘Awesome Raja Lawak’.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007, platform ‘Raja Lawak’ terbukti berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri seni tanahair dan sudah melahirkan ramai pelawak versatil seperti Nabil Ahmad, Jihan Muse, Johan, Zizan Razak, Sepahtu, Shiro, Zero serta ramai lagi.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran pertandingan  ‘Awesome Raja Lawak’, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata jenama dan legasi Raja Lawak yang diperkenalkan buat pertama kali 15 tahun lalu terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar kepada industri hiburan kerana berjaya melahirkan ramai nama-nama berpengaruh menerusi pertandingan tersebut. 

"Selepas bertahan selama 7 musim dan melabuhkan tirai terakhir pada tahun 2013, kini pertandingan popular ini dibawakan semula dengan evolusi baharu. Melihat kepada landskap pasaran kandungan kreatif, kami yakin dengan potensi hiburan komedi yang dilihat masih kekal relevan serta boleh diangkat ke satu aras yang lebih tinggi dan bervariasi.

Selain itu, fokus kami dalam menerbitkan program-program seumpama ini adalah untuk melahirkan pelawak berkualiti bagi mengisi ruang yang ada sekaligus boleh digilap untuk menjadi pelapis kepada pelawak-pelawak komersial tempatan sedia ada. Semoga pencarian edisi 2022 pada kali ini mampu meneruskan legasi penganjuran tahun-tahun terdahulu,” katanya di majlis sidang media yang berlangsung di Damansara. 

Bagi mengenal pasti bakat baharu pelapis bidang komedi, pihak produksi ‘Awesome Raja Lawak’ akan menjelajah ke empat buah negeri di seluruh Malaysia untuk mengadakan sesi uji bakat terbuka.

Seramai enam pelawak terkenal tanah air yang terdiri daripada Jalil Hamid, Azlee Senario, Ajak Shiro, Atu Zero, Ali Puteh dan Mamak Puteh turut dilantik sebagai juri uji bakat dan akan bergilir-gilir untuk turun padang bagi mengadili sesi tersebut. Selain itu, pelawak Chiwan dan Nizam Jentik-Jentik yang juga turut hadir untuk memeriahkan suasana sebagai hos uji bakat.

Barisan juri uji bakat akan menilai calon peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti tahap kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Lokasi-lokasi yang bakal dikunjungi adalah seperti berikut:

4 & 5 Jun 2022 - Berjaya Megamall Kuantan, Pahang

11 & 12 Jun 2022 - Prangin Mall George Town, Pulau Pinang

18 & 19 Jun 2022 - Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Johor Bahru, JDT

25 & 26 Jun 2022 - Lembah Klang (akan dimaklumkan kelak) Kuala Lumpur/Selangor

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 18 tahun ke atas dan mestilah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Calon peserta bebas memilih untuk menyertai pertandingan ini secara solo, duo atau trio. Setiap yang hadir juga perlu membuat persembahan pentas secara spontan untuk menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit.

Kaunter pendaftaran bagi sesi uji bakat di setiap lokasi akan dibuka dari jam 8 pagi dan calon peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan. Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan atau pasport untuk warga Singapura serta gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) atau ukuran pasport.

‘Awesome Raja Lawak’ bakal bersiaran secara eksklusif di Awesome TV menerusi platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) bermula Julai 2022. - Getaran, 7 Jun 2022

Gambar: Awesome TV 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

PM Hulur Sumbangan Kepada Seniman Veteran Jalil Hamid

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran